"Saya nak semua orang tahu yang saya akan menyokong apa sahaja tindakannya asalkan kakak saya gembira.
Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa sahaja situasi,”
Pengacara dan Usahawan, Neelofa mengambil pendirian untuk menyokong setiap keputusan yang dilakukan kakaknya, Noor Nabila berhubung sekeping foto yang dimuat naik Nabila semalam.
Gambar yang penuh kontroversi tersebut adalah di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta. Begitu juga apabila suami Nabila, pelakon Sharnaaz Ahmad memuatkan perkataan 'Sabar' di IG Story nya membuatkan ramai yang berspekulasi bahawa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
IG
"Saya the only sister yang duduk dengan Nabila, berkongsi rumah, Jebat adalah housemate saya, dari baby pun saya jaga dia."
Mengulas lebih lanjut, Neelofa menyedari dia adalah individu terawal yang akan ditanya mengenai apa sahaja perkara yang berlaku melibatkan hubungan kakaknya Nabila dan Shanaz. Tetapi dalam masa sama, Lofa menjawab dia bukanlah orang yang tepat bagi menjawab setiap persoalan media, ujarnya seperti yang diberitahu kepada portal Media Hiburan.
“Oh tuhan, dia telah lalui macam-macam dugaan. Tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang dilalui olehnya ketika ini.
Bagaimanapun, bagi Neelofa, kakaknya itu mampu untuk berdepan dengan spekulasi netizen mengenai hal rumah tangganya. Jadi, spekulasi yang dibuat netizen adalah suatu hal yang normal. Biarlah masa yang menentukannya, jadi dia juga meminta semua bersabar menanti kesudahan kisah tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang sangat kuat dan dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik
dalam perkahwinan. InsyaAllah, Tuhan akan permudahkan segalannya."
Foto : IG
Jadi, Neelofa sendiri tidak menafikan spekulasi daripada warganet dan dalam masa yang sama menyatakan kakaknya berhak mendapatkan yang terbaik. Adakah perkahwinan Nabila-Sharnaz selama ini tidak bahagia? - CARI
|