Kerana terlanjur mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak, seorang penyanyi lelaki dan juga komposer lagu berbakat telah ditahan polis di Ampang,semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu menyaksikan penyanyi berusia 21 tahun itu ditahan anggota polis selepas perkara tersebut dilaporkan oleh pengurus stesen minyak berkenaan.
Menurut seorang saksi, kejadian itu bermula apabila penyanyi tersebut muncul di stesen minyak tersebut untuk mengisi petrol kenderaannya.
"Salah faham telah berlaku apabila dia (penyanyi) mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit namun kaedah pembayaran itu telah ditolak oleh staff stesen minyak tersebut,"
Artis itu kemudian dilihat tidak berpuas hati kemudian menyerang staff tersebut serta bertindak mencekik leher mangsa, lapor Harian Metro.
Pengurus stesen minyak tersebut terus menghubungi polis namun ketika disoal siasat, artis itu tidak memberi kerjasama yang baik malah bertindak mencabar anggota polis bertugas dan enggan menunjukkan Mykad bagi tujuan pemeriksaan.
Artis itu kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk siasatan lanjut.
Namun lain pula di media sosial twitter apabila nama Haqiem Rusli dikaitkan dengan insiden tersebut. Mungkin kerana terma 'budak baru nak up' serta penyanyi dan komposer lagu berbakat yang masih berumur 21 tahun' seakan-akan sama dengan personaliti Haqiem Rusli.
Haqiem yang nampaknya sudah mengetahui mengenai perkara itu terus memuat naik penjelasan di laman twitternya.
Sabar je la Haqiem, tak pasal-pasal kena tuduh dengan netizen. - CARI
|