Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah suka memakai baju kurung setiap hari kerana terinspirasi dengan gaya berpakaian nenda dan bondanya.
Sejak kecil baginda sering melihat penampilan kedua-dua figura itu sentiasa kemas dan anggun berbaju kurung.
Kredit foto: Google
Oleh itu, baju kurung menjadi busana selesa yang disarung baginda setiap hari ke mana-mana sahaja termasuk keluar membeli-belah atau melawat kampung, selain semestinya ketika menghadiri majlis rasmi.
Kredit foto: Google
"Istana mempunyai peranan menghidupkan pakaian Melayu dan kita boleh mempengaruhi orang untuk mencintainya," titah baginda memetik laporan Berita Harian sebelum ini.
Nampaknya hasrat baginda Raja Permaisuri Agong untuk menghidupkan pakaian Melayu dan memulakan trend berbaju kurung telah menjadi kenyataan.
Baru-baru ini sekumpulan pelajar perempuan dari SMK Seksyen 24(2) telah memilih gaya Raja Permaisuri Agong untuk digayakan ketika sesi bergambar kelas mereka.
Kredit foto: Twitter Sarah Misha
Kredit foto: Twitter Sarah Misha
Menerusi laman Twitter, salah seorang daripada pelajar perempuan tersebut iaitu Sarah Misha telah berkongsikan gaya pemakaian baju kurung mirip Raja Permaisuri Agong, yang juga merupakan idola mereka.
Perkongsian itu mendapat pujian dari netizen yang suka dengan gaya sopan mereka.
Nampak elegan sampai ada yang menyangka mereka adalah pelajar universiti.
Tuanku Azizah turut memuji gadis-gadis manis tersebut menerusi laman twitter peribadinya.
Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan termasuklah baginda Raja Permaisuri Agong dan Sarah Misha.
Siapa lagi yang boleh mengekalkan warisan budaya Melayu kalau bukan kita sendiri kan? - CARI
|