Baru-baru ini kecoh kisah ikan di kolam Dato Aliff Syukri mati kononnya kerana kekurangan oksigen akibat terputus bekalan elektrik.
Ia seterusnya berlangsung siri balas membalas video di Instagram tip membela ikan yang sebenar antara beliau dan Dato Seri Vida (DSV).
Kredit foto: Instagram Dato Seri Vida
Dalam salah satu video, Aliff ada menyebut bahawa saiz kolam ikan beliau mempunyai kedalaman sehingga 12 kaki. Namun video yang dimuatnaik oleh DSV menidakkan segala-galanya. Lagi panjangnya la nampak isu ni nanti.
"Saya pun tak tahu..
Nak bagi kredit kat yg
buat editing video ni..
Atau nak gelak."
ujar DSV ringkas.
Video pendek tersebut adalah hasil suntingan dari warganet yang menunjukkan Aliff 'kantoi' dengan kenyataannya sendiri. Selama ini beliau bertegas mendakwa kolam ikannya dibina sedalam 12 kaki dan perkara tersebut turut diakui pekerjanya.
Dalam video tersebut turut disertakan dua keping gambar, anak-anak Aliff Syukri sedang bermain dalam kolam yang sedang dibina - bukti jelas kedalaman kolam ikan itu sebenarnya lebih kurang hanya separas paha kanak-kanak sahaja. Dalam erti kata lain ianya cetek!
Justeru, warganet membanjiri ruang komen instagram Dato Vida dan 'terhibur' dengan hasil siasatan tersebut. Hebat betul warganet cari bukti ye.
|