Kisah ketagihan bahan-bahan lucah memang sedang membarah dalam kalangan masyarakat kita. Malahan ia bukan membabitkan orang dewasa semata-mata tetapi juga pelajar sekolah seawal 7 tahun!
Jadi, apabila ada inisiatif dari pihak tertentu mengadakan seminar bagi mengatasi kegilaan ini, ia harus disambut baik. Namun, yang menjadi masalah ialah untuk menyertai seminar ini pula dikenakan bayaran hingga mencecah RM200!
Lantaran itu, penagih bahan lucah menyifatkan ianya sebagai dasar kapitalis yang tidak membantu pun.
Kredit foto: Twitter
Lebih rela terus terjebak dengan kegiatan tidak bermoral yang tidak memerlukan modal pun atau sedikit bayaran, penagih tegar ini tidak mahu mengeluarkan duit sebanyak itu semata-mata mengkayakan pihak penceramah.
Bagi mereka, idea untuk menolong tetapi dengan caj berlebihan adalah mengarut. Apatah lagi ianya hanya sekali seminar sahaja sedangkan apa jua ketagihan memerlukan rawatan berterusan.
Bagaimanapun, ia dibantah oleh warganet lain yang menyifatkan terapi CBT (Cognital Behavioral Therapy) adalah untuk mengendalikan emosi dalaman. Jadi semua benda di dunia ini memerlukan bayaran. Jika ia bagus untuk menghentikan ketagihan, kenapa tidak?
Kredit foto: Google
Sebenarnya ia terpulang kepada diri sendiri. Jika benar-benar mahu menghentikan ketagihan bahan-bahan lucah walaupun perlu membayar sejumlah yuran, pastinya ia bukan masalah utama. Jadi, yang bercakap berdegar-degar ni adakah orang yang mahu berhenti atau lebih seronok menatap bahan-bahan lucah ini. - CARI
|