View: 5268|Reply: 24
|
Ladies! Apa Reaksi Anda Jika Ditegur Bos 'Pengotor' Kerana Tak Cukur Bulu Kaki?
[Copy link]
|
|
Zaman milenial kini, ramai wanita mendedahkan lebih selesa tidak mencukur bulu pada tubuh mereka. Bagaimanapun, tidak semua orang boleh menerima pengabaian kebersihan diri ini.
Menerusi ruang sembang Reddit, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila ditegur ketua jabatannya kerana tidak mencukur bulu kaki.
Kredit foto: Getty Images
Teguran bosnya itu dibuat berikutan ada suara sumbang merungut mengenai bulu kakinya.
Wanita berusia 21 tahun itu menegaskan dia enggan membazir masa dan wang hanya untuk mencukur bulu kakinya yang dakwanya tidaklah terlalu lebat.
Kredit foto: Getty Images
"Sekali saja saya mencukur bulu kaki, itupun ketika kali pertama keluar dengan teman lelaki.
"Dan sehingga kini, dia tidak pernah bising mengenai bulu kaki saya," tulisnya.
Difahamkan, kebiasaannya tugas wanita itu memerlukan dia menghadiri majlis dan festival. Namun, baru-baru ini dia terpaksa masuk ke pejabat untuk mengambil beberapa barang.
Ketika itulah dia dipanggil masuk ke bilik bosnya yang mula 'bersyarah' mengenai kebersihan diri.
Kredit foto: iStockphoto
"Bos kata, beberapa rakan sekerja mengadu bahawa saya tidak mencukur bulu kaki yang menurut mereka ia telah melanggar polisi syarikat kerana mengabaikan kebersihan diri," katanya.
Namun, apabila ditanya apa kaitan mencukur bulu kaki dengan kebersihan diri, bosnya hanya mendiamkan diri. Malah, lelaki itu diam tidak berkutik apabila ditanya sama ada dia sendiri pernah mencukur bulu kakinya.
Kerana berasa malu dan tidak selesa ditegur sedemikian rupa, wanita itu terus beredar dari situ.
Rata-rata yang meninggalkan komen menyatakan menyifatkan lelaki terbabit bersikap seksis.
Kredit foto: Culture On The Offensive
Bulu kakinya lebat sangat dan berpintal-pintal ke sampai dituduh tidak menjaga kebersihan diri? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau lebat tapi malas nak cukur tu , pakai la seluar labuh.
maklumla boss kamu tu biasa tengok yg licin je.
sesungguhnya aku pun geli even kalau lelaki berbulu kaki lebat dan berseluar pendek
kalau yg tak heavy tu aku boleh la buat2 tak nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok bidang kerjanya juga kalau dia selalu kena jumpa pelanggan syarikat semestinyalah dia juga bawa imej syarikat. Jadi tak hairan kalau factor penampilan dan kerbersihan juga dititik beratkan oleh pihak syarikat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak beli razor berapa sen je pun dah kata membazir, apa tah lagi nak suruh gi wax
kedekut sangat, pakai je la seluar or skirt tutup kaki..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakai stokin. Not a big issue though. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupon kat opis aku berlambak orang pakai skirt pendek, xperasan pulak aku siapa yang ada bulu kaki panjang. tapi aku pernah la naik satu lif dengan sorang gyang pakai sleeveless tapi x cukur bulu ketiak. kalau pendek as boleh terima lagi. ni siap ketak2 amazon |
|
|
|
|
|
|
|
Melorqe replied at 23-8-2019 02:53 PM
kalau lebat tapi malas nak cukur tu , pakai la seluar labuh.
maklumla boss kamu tu biasa tengok yg ...
Aku imagine bulu dlm suar pende jahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Seksis..hat jantan seumur hidup xpernah cukur bulu kaki tu xditegur.yg prmpuan ko sibuk hal bulu dia dh kenape?report jah bos mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
Personally, i rasa sepatutnya kita dah masuk ke dalam era yang tak kesah orang perempuan cukur bulu2 ataupun tidak. It grows naturally with its own purpose. People should expect us women to have barbie doll skin with no pores, no bulu and all. That's not realistic. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa Reaksi Anda Jika Ditegur Bos 'Pengotor' Kerana Tak Cukur Bulu Kaki?
jawapan ai: pakai hairy leggings terus. amek kau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakai skirt labuh/seluar panjang and stoking laa |
|
|
|
|
|
|
|
Ko cukur lg lbt la jadinya. Pki je seluar pnjg. Apa susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn mula cukur.. Memang tumbuh lain macam nanti.. Dah ko gi wax |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 produk boleh guna, kalau wax, mahal tapi lama sikit nak tumbuh balik. Berbaloi juga buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sampai orang dah geli tu ertinya kau ni memang pemalas dan pengotor kot.. Dah polisi syarikat ikut jer la. Akaka pon geli nampak awek seksi bulu persis orang utan. Malas cukur rasa razor mahal ke, pakai la seluar panjang ke skirt panjang ke.. Geli akak. |
|
|
|
|
|
|
|
It's a personal choice to shave or not to shave. Tapi untuk tak mengundang kecaman/hencapan orang, baik la pakai seluar/skirt panjang untuk cover. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena attend festival, event n meet client kena la grooming sikit.. kalau kje kat penjuru ofis je xpe la.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang jantan takder pergi kerja pakai skirt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|