"Susahlah nak sebut Kucaimars ni, nama pendek sikit ada tak? Kucai macam daun kucai je."
Itu pertanyaan dan komen selari juri Big Stage, Datuk Siti Nurhaliza kepada peserta lelaki, Kucaimars. Terserlah ketidakselesaan Siti apabila menyebut nama penyanyi BBNU tersebut dengan panggilan 'sayur' dan seperti nama perempuan katanya.
Beberapa kali Siti menyatakan nama tersebut tidak begitu sesuai sebagai penyanyi kerana menyamai sayur (daun kucai) dan mars (nama perempuan). Pada mulanya, Siti cuba menukar nama Kucaimars kepada Chai sahaja, tetapi tetap tidak sesuai kerana ia menyamai nama Cina, hinggalah mencadangkan untuk memanggil nama penuhnya iaitu Amirul dan ia berlangsung hingga habis sesi menjuri.
Segelintir peminat Kucaimars tidak berpuas hati dengan komen Tokti yang dianggap tidak relevan. Ini kerana ia bersesuaian dengan zaman sekarang yang lebih mementingkan nama 'catchy' berbanding nama betul.
Pengulas dunia hiburan tempatan, Sepit Siput berpihak kepada Siti lalu menjelaskan isi tersirat yang mahu disampaikan oleh penyanyi nombor satu tanah air itu.
Bagi Sepit, teguran Siti ada benarnya dan harus diterima oleh semua pihak dengan tenang jika mahu lebih sukses. Untuk menjadi artis hebat, nama komersial sangat penting kerana ia akan digunakan sampai bila-bila. Dalam konteks ini, nama Kucaimars sendiri menjadi bahan jenaka apabila dikaitkan dengan nama sayur, walaupun mungkin sebenarnya ia adalah nama yang sedang trending.
Sementelah lagi, nama sebegini tidak nampak profesional kerana Mars itu sendiri difahamkan berasal dari jenama coklat kegemarannya. Jelas ia menurunkan standard nama penyanyi itu sendiri.
Kredit foto: IG
Ia turut dipersetujui oleh warganet yang berpendapat nama komersial bukan bermaksud nama sopan semata-mata tetapi lebih kepada tahap profesional itu sendiri. Lalu membandingkan nama Lady Gaga yang pelik tetapi dalam masa sama unik serta tidak bodoh.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, ada juga yang menuduh Tok Ti sengaja memanaskan isu yang sebenarnya tidak ada apa pun.
Rasanya dalam konteks ini, Tok Ti berniat baik untuk menjelaskan nama tersebut tidak profesional dan nampak main-main. Jadi, terima dengan hati terbuka teguran tersebut. Mungkin boleh mencari nama-nama yang lebih sesuai dan ini lah masa terbaik kerana program BBNU ini mendapat perhatian dari segenap masyarakat. - CARI
|