Kredit Foto - Google
Hutan Amazon, hutan tropika terbesar di dunia dan menyumbangkan 20% kadar oksigen dunia kini berubah seperti malam walaupun pada waktu siang kerana kepulan asap memenuhi ruang langit.
Ia sekaligus menyebabkan sinaran marahari ditutupi asap dan debu.
Kredit Foto - Reuters
Apabila tiba waktu malam suasana langit diterangi api yang terus marak.
Kredit Foto - Reuters
Kredit Foto - New York Post : Bandar Terbesar Brazil - Sao Paolo menjadi gelap pada waktu siang kerana asap tebal
Hutan Amazon sedang terbakar pada kadar satu padang bola setiap minit namun malapetaka ini tidak menimbulkan sebarang kerisauan kepada Presiden Brazil Javier Bolsorano.
Kredit Foto - Google : Presiden Brazil, Jari Bolsonaro
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro pada Khamis berkata, pihak kerajaan tidak dapat bertindak dengan cekap kerana kekangan sumber untuk memadamkan kebakaran.
Rakyat Brazil dan masyarakat dunia bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sekadar menyatakan tentang usaha menyiasat punca kebakaran.
Sejak lebih seminggu yang lalu, pelbagai imej dan video mengerikan sudah tersebar di susur masa media. Warganet di seluruh dunia menyuarakan kebimbangan itu di dunia maya dengan pelbagai hashtag digunakan antaranya #AmazonFires, #SaveAmazonRainforest dan #PrayforAmazonia.
Kredit Foto - Twitter Christiano Ronaldo
Kredit Foto - Instagram Leonardo Dicaprio
Kebakaran hutan Amazon satu tamparan hebat kepada penduduk Bumi. Kebakaran ini bukan hanya membahayakan hutan tetapi nyawa manusia dan haiwan juga terancam.
Kredit Foto - Reuters
Impak pembakaran ini membahayakan alam sekitar sejagat kerana hutan Amazon antara penyerap karbon yang penting yang masih wujud. Kehilangan hutan Amazon akan memberi impak negatif kepada usaha melambatkan pemanasan global yang akan menyebabkan naiknya paras laut. - CARI |