Selepas berita perceraian Vanidah Imran dan Rashidi Ishak yang mengejutkan peminat seni negara, kedua-dua mereka cukup profesional meneruskan kehidupan masing. Rasa-rasanya masing-masing tidak membongkar sisi buruk bekas pasangan masing-masing.
Perceraian mereka mengejutkan peminat. Foto: Google
Malah, Vanidah juga dilaporkan Astro Awani meneruskan kehidupan dengan penuh cemerlang. Dia akan mewakili negara sebagai pesilat Pusaka Hanafi dalam Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) 2019. Fuh, bukan calang-calang ni!
"Saya mula mempelajari silat ini sebagai seni mempertahankan diri untuk keselamatan diri, kemudian timbul minat sehingga meletakkan diri saya pada peringkat ini sekarang," katanya.
Vanidah pesilat negara. Foto: Astro Awani
Dia juga mendedahkan selepas bercerai, dia menyibukkan diri melakukan semua perkara yang dia suka.
"Saya meluangkan masa melakukan perkara yang saya minat. I am living my life to the fullest, daripada saya duduk tidak membuat apa-apa lebih baik saya mengisi masa lapang saya dengan aktiviti sukan, seni mempertahankan diri, belajar dan meluangkan masa bersama anak-anak," jelasnya.
Live my life to the fullest! Foto: Instagram
Bagus kan sikap ni? Daripada sibuk dedah keburukan bekas pasangan atau gatal cari suami baru, lebih baik hidup sendiri buat perkara yang kita suka.
Semoga terus bahagia Vanidah! - CARI |