|
Ingat lagi tak gosip Zul Ariffin yang dikatakan bercinta dengan wanita Ukriane yang dikenali sebagai Tanya Glembotska?
Kecoh jugalah satu masa dulu bila gambar-gambar mereka bercuti bersama tersebar.
Foto: IG
Siap ada yang kata mereka dah berkahwin! Bagaimanapun, aktor sasa ini tiada pula mengesahkan status sebenar hubungan mereka.
Baru-baru ini, Zul membuat pengumuman yang dia bakal berkahwin tahun depan.
"Umur saya makin meningkat dan semakin matang, saya hanya nak sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin.
"Bercinta selepas nikah, itulah yang sepatutnya terjadi," katanya kepada Media Hiburan.
Zul juga menambah bahawa perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus.
Yang menariknya, Zul kata bakal isterinya adalah seorang wanita bukan Muslim yang kini sedang mempelajari agama Islam.
"Saya tak nak tukar agama seseorang hanya kerana ingin berkahwin, itu tak baik. Biarlah dia ambil masa untuk mengenali Islam," katanya.
Foto: IG
Wah, memang betul serius nak kahwin ni. Mungkinkah Tanya Tanya Glembotska wanita misteri itu?
Boleh jadi juga sebab di profil Instagramnya ada tulis Zul's yang bermaksud kepunyaan Zul.
Apa pun nantikan sahaja pengumuman rasmi daripadanya. - CARI
|
|