View: 1867|Reply: 16
|
5 Perkahwinan Diraja Termahal Dalam Sejarah Dunia
[Copy link]
|
|
Kos majlis perkahwinan yang melambung tinggi pasti memeningkan kepala mana-mana pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, bagi pasangan pengantin diraja, kos yang mencecah puluhan malahan ratusan juta dolar dianggap sebagai perkara biasa.
Berikut adalah lima majlis perkahwinan yang mencatatkan kos yang paling tinggi dalam sejarah dunia.
Kredit foto: MSN Entertainment
Tempat kelima: Putera William dan Kate Middleton, April 2011
Anggaran kos: AS$34 juta dolar (RM141.8 juta dolar), dilaporkan Radar Online.
Sebahagian besar kos adalah untuk kawalan keselamatan iaitu AS$32 juta (RM133.5 juta) diikuti bunga-bungaan (AS$800,000 atau RM3.3 juta), jamuan makan tengah hari dan malam (AS$600,000 atau RM2.5 juta), gaun pengantin rekaan Sarah Burton untuk Alexander McQueen (AS$434,000 atau RM1.8 juta).
Kos-kos lain termasuk kek pengantin berharga AS$80,000 (RM333,840), kerja pembersihan (AS64,000 atau RM267,072) dan cincin belah rotan AS$11,000 (RM45,903).
Kredit foto: MSN Entertainment
Tempat keempat: Putera Albert II dari Monaco dan Charlene Wittstock, Julai 2011
Anggaran kos: AS$65 juta (RM271 juta), dilaporkan CBS News.
Majlis perkahwinan diraja ini menyaksikan Wittstock yang juga bekas perenang Olimpik memakai gaun Giorgio Armani yang diperbuat daripada 88 ela kain sutera serta dihiasi mutiara dan 40,000 kristal Swarovski.
Kedua-dua mempelai memakai cincin emas putih dan platinum 18 karat manakala kira-kira 450 tetamu menikmati sajian yang disediakan oleh cef terkemuka, Alain Ducasse.
Kredit foto: MSN Entertainment
Tempat ketiga: Putera Charles dan Puteri Diana Spencer, Julai 1981
Anggaran kos: AS$70 juta (RM292 juta), dilaporkan CBS News.
Majlis perkahwinan pasangan diraja paling popular dan penuh kontroversi dalam sejarah moden keluarga diraja Britain ini mendapat liputan meluas di seluruh dunia.
Sama seperti majlis perkahwinan anakanda mereka, kawalan keselamatan menelan perbelanjaan terbesar iaitu sebanyak AS$600,000 (RM2.5 juta) manakala gaun pengantin yang dipakai Diana rekaan David dan Elizabeth Emanuel dianggarkan bernilai AS$13,000 (RM54,250).
Kredit foto: MSN Entertainment
Tempat kedua: Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan Puteri Salama, 1981
Anggaran kos: AS$100 juta (RM417 juta), dilaporkan CBS News.
Majlis perkahwinan Putra Mahkota Abu Dhabi ini merupakan yang paling mahal dalam sejarah moden.
Baginda menitahkan pembinaan sebuah stadium yang berupaya memuatkan 20,000 orang khusus untuk majlis tersebut yang berlangsung selama tujuh hari.
Kredit foto: Carian Google
Tempat pertama: Margaret of York dan Charles the Bold of Burgundy, 1468
Anggaran kos (nilai semasa): AS$200 juta (RM834 juta), dilaporkan The Scotsman
Majlis perkahwinan termahal dalam sejarah dunia ini menyaksikan perarakan yang tidak putus-putus dan pertandingan lawan tombak antara kesatria-kesatria terkemuka di Eropah.
Selain pakaian yang sarat dengan perhiasan dan barang kemas, Margaret turut memakai mahkota bertatahkan mutiara dan berlian.
Memang meriah majlis perkahwinan mereka, tetapi adakah kemewahan mampu menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Wedding abe gong dengan queen oks takde la grand mana kan sebab tak listed pun. Bagus, zuhud |
|
|
|
|
|
|
|
anak kak ros??
tak tersenarai |
|
|
|
|
|
|
|
Wedding tahun 1468 masih belum ada siapa yang boleh menandingi nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
korge brunei nmpk gah jgkkan..
xmsk top 5
suka tgk royal nya penikahan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-8-2019 12:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
miemiecha: korge brunei nmpk gah jgkkan.. xmsk top 5suka tgk royal nya penikahan..
Brunei pun ada. 2 wedding. Top 10 rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
anak bijan dgn piraloi xde?? |
|
|
|
|
|
|
|
I pun teringin nak kawin putera raja |
|
|
|
|
|
|
|
sepiITUindah: anak kak ros??tak tersenarai
Ka ros tak royal... {:shy |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by babydoll at 22-8-2019 01:05 PM
yg no.2 tu tersilap gambar. yg tu Sheikh Mohamed bin Rashid Al Maktoum, Ruler of Dubai and Vice President of UAE with his second wife, Princess Haya of Jordan. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah kaka rosy dan abe jib berdarah diraja sister?
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ker bang jib dari golongan bangsawan makassar
|
|
|
|
|
|
|
|
oh akak lupa..heshe merupakan pahlawan keturunan bugis teragung
|
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin pon guna duit tax payers.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, tempat pertama tu - Margaret of York dan Charles The Bold of Burgundy. Tak pernah dengar sebelum ni nama pasangan ni. Menarik ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|