CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15837|Reply: 128

Kes Langgar Maut Pemotong Rumput Thailand, Rayu Sumbangan Dikecam Pula

[Copy link]
Post time 16-8-2019 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa hari ini rancak dibincangkan isu sebuah Myvi terbabas dan rempuh pemotong rumput di Rattaphum, Thailand. Dalam kejadian itu, lima pemotong rumput maut dan seorang lagi parah dirempuh sebuah kenderaan dipandu rakyat Malaysia seorang wanita berusia 30 tahun.




Kredit Foto - Ihsan Pembaca Layar Facebook




Adik pemandu Myvi tersebut menerusi hantaran Facebooknya merayu sumbangan ikhlas untuk membantu kakaknya membayar wang jaminan berjumlah RM60 000 berkongsi  kejadian sebenar yang menimpa kakaknya. Dalam kejadian malang itu, kakaknya sedang memandu dalam kelajuan normal sebelum terlanggar 'sesuatu' dan menyebabkan steering automatic lock dan hilang kawalan seterusnya merempuh mangsa-mangsa yang sedang berehat di tepi jalan.








Bawangrangers Malaysia memang lebih cekap dan pantas dari FBI dan CIA. Hasil siasatan mereka mendapati bahawa pemandu mempunyai banyak rekod kesalahan trafik. Antaranya PANDU LAJU dan langgar arahan lalulintas.


Penemuan tersebut seterusnya mematahkan 'hujah' adik pemandu tersebut dan mereka terus komen 'menghentam'  di hantaran FB yang asalnya dimuat naik untuk memohon bantuan kewangan membayar wang jaminan kakaknya.








Memetik laporan Bangkok Post, pemandu tersebut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak melebihi 20,000 baht (RM2,721) jika disabitkan kesalahan dan dikehendaki membayar wang ikat jamin RM27 000.


Pemandu itu juga perlu membayar wang pampasan sebanyak 50,000 Baht (RM6,764) kepada setiap keluarga mangsa dengan jumlah keseluruhan bernilai 250,000 Baht (RM33,823), selain dikenakan denda 200 Baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.


Apa pun takziah untuk mangsa dan bertabahlah keluarga pemandu Myvi itu. Slogan kelajuan itu membunuh memang benar dan semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Hati-hati semasa memandu dan ingatlah orang tersayang. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar kata pemandu tu xde lesen..baru nak kesian tapi hmm .berani giler msuk drive negara org tanpa lesen.. segaja cari masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:19 AM | Show all posts
biar ;a dia duduk dalam penjara siam 10 tahun pun xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:25 AM | Show all posts
kenapa kes pakcik kat krabi dulu lagi mahal dia kena bayar compare dengan pempuan ni

pakcik tu langgar seorang tapi pempuan ni 5 sekali dia sapu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi Thailand dh byk kali,  awal thn masuk hatyai,  org sana dh benci malaysian.  dh  jd kes bodoh mcmni,  lagi la org benci.  Malaysian dibenci sana sini sbb sikap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:40 AM | Show all posts
pengajaran dik.. malaysian tak semua baik2 nak menyumbang (walaupun ramai yg suka sedekah).. yg ni mcm bala carik sendiri.. takde lesen drive kat negara org. rekod trafik teruk.. papepun, semoga dimudahkan urusan ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2019 11:40 AM | Show all posts
fushimi replied at 16-8-2019 11:25 AM
kenapa kes pakcik kat krabi dulu lagi mahal dia kena bayar compare dengan pempuan ni

pakcik tu la ...

kes pakcik tu motorist langgar pejalan kaki kan... Mengikut undang-undang di negara berkenaan, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika kemalangan membabitkan pejalan kaki. Lagipun famili pejalan kaki tu yang tuntut pampasan sampai rm550k kemudian rayu dapat kurang rm200k..


Kes Myvi ni dorang mintak sikit je kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:46 AM | Show all posts
ada bca dia xde lesen kan
berani2 g merata xde lesen tu..
malas la nak derma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ni semua masalah punca dari sikap. Sikap rakyat kita suka ambil lewa. Take things for granted. ah xpe its ok.. aaalaa x de apalah. Dah terjadi barulah nyesal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:49 AM | Show all posts
natrahn replied at 16-8-2019 11:40 AM
kes pakcik tu motorist langgar pejalan kaki kan... Mengikut undang-undang di negara berkenaan, pen ...

patutnya setiap family tu mintak banyak sikit


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya nak minta derma dari rakyat marhaen dan netizen

Rskyat narhaen ni byk commitment dah tau takde lesen yg gatal
Pegi drive kat negara org tu buat apa? Takde rasa tanggungjawab langsung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2019 11:51 AM | Show all posts
fushimi replied at 16-8-2019 11:49 AM
patutnya setiap family tu mintak banyak sikit

kan... berapa je dpt... mungkin yang meninggal tu ketua keluarga...apa la nasib dorang pasni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:54 AM | Show all posts
ayat mohon sumbangan pun kemain bongkak.. elok la kau dah deactivate acc fb tu. kang tak pasal2 aku pegi mencarut kat fb kau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:56 AM | Show all posts
Simpati pada keluarga mangsa yang terlibat. Yang melanggar tu pulak tak ada rasa bersalah langsung ke langgar orang sampai mati 5 orang. Siap cakap 'Alhamdulillah kami selamat' lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 12:07 PM | Show all posts
fushimi replied at 16-8-2019 11:25 AM
kenapa kes pakcik kat krabi dulu lagi mahal dia kena bayar compare dengan pempuan ni

pakcik tu la ...

nih denda oleh kerajaan thai, famili belum buat tuntutan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 12:14 PM | Show all posts
aku tetap rasa cikki ni bersalah thru and thru, tapi aku heran malaysia ni, nak cross border tu mmg tak check lesen, status saman etc ke? takkan setakat immigration passport je ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2019 12:17 PM | Show all posts
mata_kucing replied at 16-8-2019 11:30 AM
Pergi Thailand dh byk kali,  awal thn masuk hatyai,  org sana dh benci malaysian.  dh  jd kes bodoh  ...

tak semua Malaysian berperangai macam tu.

tapi i tak salahkan orang thailand pun if mereka tak suka kita. sebab tu pergi mana2, kena bawak imej Malaysia. bukan bawak perangai bodoh sombong.

nila setitik, habis susu sebelanga.


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah iols derma directly pada family mangsa, bukan pada driver. Driver ni bukannya orang susah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 12:20 PM | Show all posts
sendiri wat onar sendiri tanggung la...
nk merayu kt rakyat malaysia asal lak...
ko berpoya2 kat sna lupa diri kan..elok la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 12:26 PM | Show all posts
Tak ada lesen memandu dah ada bayak saman kesalahan lalu lintas dengan tak ada insurannya akibatkan banyak kehilanyan nyawa siapa nak yang kesian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.143860 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list