View: 4338|Reply: 39
|
Zakir Naik Bikin Panas 'Usik' Kaum Cina Malaysia, Syed Saddiq Serang Balas..
[Copy link]
|
|
Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik - kini memiliki status penduduk tetap Malaysia sedang berdepan dakwaan pengubahan wang haram dan dikehendaki oleh kerajaan India.
Kredit Foto - Google
Selepas kenyataannya mengenai masyarakat India di Malaysia, terkini, Zakir memberikan kenyataan pedas terhadap masyarakat Cina di Malaysia sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini.
Zakir membuat kenyataan mengenai kaum Cina di Malaysia itu apabila bercerita tentang bagaimana agama Islam tersebar dengan aman di sekitar daerahnya melalui pedagang.
"... Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru kita.
Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang.
Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini)," katanya memetik laporan Malaysiakini.
"Jika kamu mahu tetamu itu pulang, dan tetamu lain yang membawa keamanan dalam sesuatu komuniti tersebut, mereka (tetamu itu) membawa manfaat kepada keluarga itu", katanya sebelum kembali ke topik tentang "Islam disebarkan dengan mata pedang".
Pernyataan tersebut mengundang rasa tidak puas hati sebahagian rakyat Malaysia kerana ianya seolah sudah mencampuri hal ehwal negara Malaysia dan boleh mengganggu ketenteraman negara.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ahli Parlimen Muar turut berkongsi kemarahannya dan mahu pendakwah Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia.
Kredit Foto - Google
"Ya. Serangan ke atas saudara Cina dan India merupakan serangan ke atas semua rakyat Malaysia," katanya.
Jelasnya lagi, memanggil rakyat Malaysia sebagai 'tetamu' merupakan tindakan yang tidak masuk akal.
"Demi Tuhan, mereka tu rakyat Malaysia! Cukup cukuplah..." jelas Menteri Belia dan Sukan itu.
Sebelum itu, Syed Saddiq turut memuat naik entri di laman sosial Twitter menyelar Dr Zakir Naik yang kini menjadi 'popular' di kalangan rakyat Malaysia.
Zakir sebelum ini menafikan beliau cuba mewujudkan suasana tidak harmoni di Malaysia. Beliau juga menjelaskan pengkritiknya salah tafsir berhubung ucapannya bagi tujuan politik dan menganiayanya.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, membantah permohonan ektradisi New Delhi kecuali pendakwah tersebut dijamin mendapat perbicaraan yang adil di sana. Semoga Dr Zakir Naik lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan di masa akan datang. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
if you not listen Dr Zakir speech, don't speak what you read from Malaysiakini. Get your source right before your speak you mind. |
|
|
|
|
|
|
|
ternyata siti kasim dulu betul, kalau la ikut kata dia, tak timbul masalah ini |
|
|
|
|
|
|
|
betul, ada sambungan lagi speech dia..
main petik dari malaysiakini jek
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko dengar tak betul2 ape yg ustaz zakir ceramah bgtau? Ko jgn main tabur je sadiq.. ko selaku ketua pemuda bersatu patut bersama2 rakyat Malaysia terutama org Islam mempertahankan ustaz Zakir.. ni ko terbalik.. patut ko join Dap je laa kalau ko senada dgn puak2 dap.. ko mmg sepenggal je laa kat Muor sadiq ooiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah tu.. kuda tunggangan DAP..
Takpe, kerajaan sepenggal je.. pasni tau la nasib hangpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
syed terasa sebab dia pun keturunan pendatang … sebab hari tu dia cakap dia bercita - cita nak hapuskan ketuanan melayu |
|
|
|
|
|
|
|
meloyakini rupanya penghasut cut speech |
|
|
|
|
|
|
|
Bab kes adib ko diam, bab tulisan jawi ko diam, bab tentera makan tido ko diam, bab kes keling merusuh ko diam... Elok ko tukar agama je la syed koneksedih (saddick) |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai Abaaam, nak tarik sokongan bukan melayupun agak-agak lerrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Patut haramkan aje....media ba alikk ngang..
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 15-8-2019 02:19 PM
meloyakini rupanya penghasut cut speech
mcm dildogemok kaki fitnah tu la |
|
|
|
|
|
|
|
biar la dia nak cakap apa. bagi can sementara dia jadi kerajaan.cakap la cakap cakap.. orang baru jadi kerajaan dia punya jakun ni paham2 je lah. apa yang keluar dari mulut dia orang semua tahiii |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu digelar pendatang, mana suara Syed Saddiq
15 Ogos 2019 2:43 PM
KANGAR 15 Ogos - Anak didik Dr. Zakir Naik, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu menganggap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berlaku adil terhadap pendakwah antarabangsa itu apabila hanya diam 'seribu bahasa' ketika Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran menghina Melayu sebagai bangsa pendatang sebelum ini.
Soal Muhammad Zamri lagi, malah Syed Saddiq juga tidak berkata apa-apa ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menghina Islam di luar negara, apatah lagi untuk membantah atau menggesa pemimpin berkenaan dilucutkan kerakyatan.
Katanya, namun apabila kenyataan Zakir mengenai kaum Cina yang dipetik di luar konteks oleh sebuah portal, Syed Saddiq menyertai beberapa pemimpin lain yang 'kepanasan', sehingga sanggup menyokong Zakir diusir keluar dari negara ini.
"Zakir telah memberi ucapan secara umum namun dipetik di luar konteks oleh sebuah portal malah ada yang tambah apa yang Zakir tidak cakap. Malangnya, ada sesetengah pemimpin yang tanpa memperhalusi keseluruhan ucapan tersebut terus mengeluarkan kenyataan menghentam dan setuju Zakir diusir keluar.
"Saya lihat dalam kalangan menteri pernah beri ucapan lebih teruk daripada Zakir iaitu Kula Segaran dan Waytha Moorthy namun tidak diambil sebarang tindakan. Kula Segaran kata Melayu sebagai bangsa pendatang, tetapi masa itu, mana suara-suara pemimpin-pemimpin ini untuk membantah kenyataan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Syed Saddiq membidas kenyataan Zakir yang dimuat naik oleh sebuah portal dan menjelaskan, orang Cina di Malaysia bukan tetamu tetapi warganegara yang cintakan negara bertuah ini.
“Kekuatan Malaysia adalah terletak kepada kesatuan rakyatnya. Cukuplah perlekehkan kesatuan dan kesetiaan kita. Saya kenal ramai orang Cina dan India yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita,” jelas Syed Saddiq.
Tambah Muhammad Zamri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Syed Saddiq tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak bersetuju Zakir diusir keluar dari Malaysia.
Dalam pada itu, Muhammad Zamri menyeru kepada mana-mana pemimpin atau menteri yang tidak berpuas hati dengan Zakir agar datang ke Perlis pada malam Sabtu ini untuk sebuah slot sesi soal jawab bersama pendakwah Islam itu.
Katanya, sesi tersebut akan berlangsung di Masjid Al-Hussain yang juga dikenali sebagai ‘Masjid Terapung’ di Kuala Perlis dengan orang ramai boleh bertanyakan soalan kepada Zakir.- |
|
|
|
|
|
|
|
Zakar Naik ni dah cross the red line lah, dah melampau, bukan urusan kau nak sebok pasal rakyat Malaysia lah keling oiii. Keja kau berdakwah. Dah jadi bergaduh sesama kita pulak angkara keling Naik sial xilaka nih |
|
|
|
|
|
|
|
Iols x faham npe Tun det nk simpan org mcm zakir naik ni........... |
|
|
|
|
|
|
|
sbb ZN ni sorg, banyak menteri xsenang duduk
sbb tulisan khat, geng2 Dongzong buat mesyuarat smpai 5jam..
nmpk sgt geng2 ni anti islam dan melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
malaysiakini dan dongzong patut diharamkann...
tajuk headline ni salu cetus provokasi..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|