Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at memaklumkan pihaknya sedang mengesan penunggang motosikal yang memandu secara berbahaya seperti ditularkan di Facebook, baru-baru ini.
Foto: FB Camera Head Photograph
Memetik Berita Harian, kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 307 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan sekitar empat atau lima bulan lalu.
“Kita terima satu laporan polis pada jam 5.21 petang tadi berhubung satu rakaman video seorang penunggang motosikal menunggang secara melulu dan berbahaya, yang baru tular di FB (Camera Head Photograph) beberapa hari lalu.
Foto: FB Camera Head Photograph
“Hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal terbabit menunggang motosikal secara melulu dengan mencelah masuk ke bahagian bawah treler,” kata Azman.
Tambahnya, keterangan pemandu treler berkenaan sudah diambil bagi membantu siasatan dan kini polis sedang mengenal pasti identiti penunggang, jenis dan nombor pendaftaran motosikal digunakan.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI |