Dua minggu lagi, Ippo Hafiz berdebar menunggu hari pernikahannya dengan Fara Roslan.
Katanya, bukan mudah nak menjadi ketua keluarga dan sebagai persediaan, penyanyi lagu Saat Bahagia ini berusaha mendekatkan diri dengan Tuhan.
Foto: IG
"erkahwinan ini satu amanah dan tanggungjawab. Saya bakal menjadi suami dan imam kepada isteri dan Insya-Allah anak-anak nanti.
"Saya ada bertanya dengan bapa, jumpa ustaz, berguru sebelum bergelar suami," katanya kepada mStar Online.
Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, juga menyatakan yang dia bakal mengadakan tiga majlis resepsi.
24 Ogos belah pihak perempuan, 31 Ogos pihak lelaki, manakala satu majlis resepsi khas untuk rakan-rakan artis akan diadakan pada awal bulan Disember nanti.
"Nampak macam banyak, orang ingat majlis mesti besar, tapi sebenarnya kami buat kecil-kecilan dan sederhana sahaja," jelasnya.
Tambahnya, ketika majlis nikah nanti, Ippo akan menyanyikan lagu tema perkahwinan yang dicipta olehnya sendiri.
Semoga semuanya dipermudahkan buat Ippo dan bakal isteri. - CARI