|
Suatu pemandangan biasa apabila kita melihat orang minum dan melepak di kedai kopi. Lain pula cerita di kampung Melor Lama, Melor Kota Bharu Kelantan.
Warung Kopitiam Beruk
Kedai kopi yang mendapat jolokan "Warung Kopitiam Beruk" ini sudah sinonim dengan masyarakat di sini sejak 10 tahun lalu, lapor BERNAMA.
Kedai kopi berkenaan menjadi tumpuan penternak beruk di kawasan sekitar untuk minum bersama beruk mereka.
Jangan terkejut jika anda melihat sekumpulan beruk bersarapan dengan nasi digaul bersama telur mentah, kuih dan minum susu atau air bergas sebelum memulakan 'kerja' memanjat pokok kelapa.
Kebiasaannya, haiwan ini makan sama seperti apa yang tuannya makan.
"Kalau tuan makan nasi, ia pun makan nasi, kalau tuannya minum milo, ia akan mengikuti minum air yang sama," kata pemilik kopitiam tersebut, Rohaida Ibrahim, 40.
Kredit Foto : Hmetro
Lebih unik, seawal jam 7 pagi penternak beruk seolah-olah berjanji untuk bertemu, berkongsi maklumat dan masalah mengenai beruk di kedai makan tersebut.
Tempat itu dianggap 'legend' kerana di sinilah mereka berbincang mengenai beruk peliharaan dan perkara berkaitan dengan kerja-kerja memetik kelapa.
Selagi khidmat memetik kelapa menggunakan beruk masih mendapat permintaan, Warung Kopitiam Beruk masih menerima pelanggan tetap mereka, iaitu beruk dan manusia. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jgn sume jd berukss sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Comel pula tengok beruknya |
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau tuan makan nasi, ia pun makan nasi, kalau tuannya minum milo, ia akan mengikuti minum air yang sama," kata pemilik kopitiam tersebut, Rohaida Ibrahim, 40.
udah tak tau mana satu tuan, mana satu beruk...hihih |
|
|
|
|
|
|
|
Beruk ni bukan spesies yg ganas2 ke. Aku takut kalau nampak menatang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pokok petai or buah kt umah nenek aku, mesti nenek aku akn upah beruk panjat pokok tu. Selalunya tuan beruk ni org2 tua. Time mood elok, elok la beruk tu panjat. Jgn kt ats pokok tu ada kerengga je. Kalau ade kerengga, cepat2 dia turun. Tuan dia suh panjat balik mmg jrg la dia buat. Kalau buat pun sekejap je then turun balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang taring nate nim. Seriau tengok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|