Susulan kehilangan remaja Ireland di Seremban, kumpulan muzik popular Westlife yang mengadakan konsert di Shah Alam turut memohon rakyat negara ini agar bersama mencari Nora Anne.
Mereka yakin kerajaan sedang berusaha dan melakukan yang terbaik untuk mencari remaja berkenaan, kata Nicky Byrne, salah seorang ahli kumpulan itu, memetik laporan Kosmo!
Kredit foto: carian internet
“Kami berharap Nora akan segera ditemui dan pada sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat tentang kehilangannya, segeralah laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
“Kami pasti keluarganya akan sangat menghargai pertolongan anda, terima kasih Malaysia.” ujarnya lagi.
Remaja Ireland, Nora hilang sejak Ahad ketika percutian bersama keluarganya sebuah resort di Seremban.
Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menjejakinya dan terbaru difahamkan pencarian diteruskan dengan menggunakan enam dron.
Alat tersebut turut dilengkapi dengan tekologi thermal imaging bagi mengesan haba dari ketinggaan 1,500 pada waktu siang dan malam. - CARI |