Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan fesyen, ataupun sengaja "cuci mata" melihat model-model cantik dan anggun, pastinya kenal dengan jenama pakaian dalam terkenal Victoria Secret.
Victoria Secret merupakan jenama pakaian dalam yang sangat mahal, maka model-modelnya pun selama ini semuanya perempuan tulen yang cantik dan bertubuh menawan belaka.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/213919t7oupelegz48rpo5.jpg) Model Victoria Secret
Foto: Google
Tetapi, jenama itu membuat keputusan mengejutkan baru-baru ini apabila mengambil model mak nyah pertamanya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/214134cc3xoy3hqbyzxqtt.jpg) Valentina Sampaio model mak nyah pertama Victoria Secret
Foto: Instagram
Model itu bernama Valentina Sampaio, seorang model dan pelakon berasal dari Brazil. Valentina ini bukan calang-calang sebenarnya, dia juga model mak nyah pertama menghiasi kulit muka hadapan Vogue.
Dalam dunia model, menjadi muka depan majalah Vogue memang pencapaian luar biasa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/214259dmmumljspmz288m7.jpg) Pernah jadi gadis muka depan Vogue
Foto: Google
Hot atau tidak Valentina ni? Atau Sajat lebih lawa? - CARI |