![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/02/112657epgkqmokopgg2piz.jpg) Kredit foto: IG Ainr Edruce
Lucu pula apabila menyinggah ke laman sosial pelakon dan pengacara Ain Edruce, lebih-lebih lagi apabila tunang ada bersama melayan kerenahnya.
Terbaru, Ain memuat naik video menyahut cabaran mencuba makanan bayi. Kasihan melihat riak Amirul Hafiz yang terpaksa melayan otak gila-gila tunangnya itu. Tak baik tau Ain paksa orang sakit makan baby food cair!
"Awak buli orang yang sakit tau," ujar Amirul.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/02/112657y2ku422z02842ofz.jpg) Kredit foto: FB Ain Edruce
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/02/112657uf2olfqefne13255.jpg) Kredit foto: FB Ain Edruce
Lucu melihat pasangan sempoi itu mencuba beberapa makanan bayi dengan muka masing-masing menahan rasa nak muntah.
"Selama ni budak makan makanan ni, dia terseksa. Dia tak nak, kita suap juga!" seloroh Ain.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/02/112657pepo9o2a978qoa79.png) Kredit foto: FB Ain Edruce
Nasiblah Mirul, dapat tunang masuk air macam Ain. - CARI |