Impian ramai rakyat Malaysia adalah untuk memiliki rumah sendiri. Jadi, ramailah yang berharap supaya kerajaan dapat membantu dengan membina lebih banyak rumah kos rendah untuk mereka yang layak.
Tetapi, 50 penduduk di Pulau Pinang merasakan diri mereka tertipu kerana janji kerajaan apabila rumah yang ditawarkan kepada mereka berharga RM72,500 naik dua kali ganda mencecah RM180,000 disebabkan pelbagai helah pemaju.
 Pembeli merasakan ditipu pemaju
Foto: Utusan
Lapor Utusan Malaysia, pembeli sebuah projek perumahan di Tanjung Tokong dipaksa bersetuju dengan syarat ditetapkan pemaju termasuk membeli pakej ubah suai dan lot tempat letak kereta serta pelbagai caj lain menyebabkan harga rumah mereka melebihi RM100,000.
Malah, mereka juga berang apabila mendapati ada rumah sama yang dijual dengan harga berbeza.
Menurut Ketua Unit Aduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP Ravinder Singh, perkara ini adalah satu bentuk penipuan dan mendesak kerajaan negeri menyiasat dan bertindak.
 Berebut hendak beli rumah kos rendah tapi ditipu
Foto: Google
Malah, pakej ditawarkan kepada pembeli juga seperti tidak masuk akal.
Pakej terdiri daripada:
- RM1,000 harga bagi setiap naik satu tingkat, kalau tingkat 15 bayar extra RM15,000, tingkat 20 bayar extra RM20,000
- RM30,000 bagi harga tempat letak kereta
- RM8,000 untuk harga 'corner lot'
- RM15,000 untuk 'sea-view' unit
- RM30,000 untuk renovation tiles
Akhirnya, bakal pemilik bagi 142 unit rumah flat kos rendah yang kononnya hanya berharga RM72,500 seunit terpaksa membayar antara RM130,000 hingga RM189,000 bagi sebuah rumah.
Ada juga pemaju begini ya? Kesian orang ramai. - CARI |