"Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku samai lebam-lebam."
Afiq Muiz, abang kepada Aishah Azman menerusi Instagram menyelar tindakan bekas tunang adiknya yang dikatakan telah mengasari aktres terbabit.
Kredit foto: IG Afiq Muiz
Dalam masa sama, Afiq memberi amaran kepada mana-mana lelaki yang ingin memperisterikan Aishah.
"Siapa nak jadi adik ipar aku nanti, yang budiman dan Islam saja.
"Yang dua alam dilarang sama sekali," tulisnya.
Kredit foto: IG Afiq Muiz
Sebelum ini, kecoh apabila seorang pelakon lelaki dilaporkan membelasah bekas tunang kerana berang dituduh songsang.
Ramai warganet membuat spekulasi bahawa individu dimaksudkan ialah Syafie Naswip memandangkan aktor itu baru saja putus tunang dengan Aishah.
Siapa nak jadikan Aishah isteri, kena mengadap Afiq dulu lah gamaknya ni. - CARI |