View: 13454|Reply: 22
|
Eiffel Tower Membosankan? Jom Lawat 'Hantu Eropah' Di Kubur Besar Bawah Tanah Pa
[Copy link]
|
|
Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Paris, selalunya akan merasa sedikit kecewa. Sebabnya, kota cinta itu tidaklah sehebat mana, malah ada kawasan lebih teruk daripada Kuala Lumpur.
Lebih kecewa, menara Eiffel itu juga tidaklah gempak sangat. Seronok lagi pergi KLCC.
Bosan, seronok lagi KLCC
Foto: Google
Tetapi, kalau anda mahu mencabar diri di kota Paris, apa kata melawat kubur bawah tanah atau dalam Bahasa Perancisnya,Les Catacombes de Paris.
Cantik je dia susun. Foto: Google
Kawasan ini sebenarnya perkuburan besar bawah tanah yang mula dibina sejak 1809. Tetapi, sekarang tidak digunakan lagi untuk perkuburan dan hanya menjadi kawasan pelancongan.
Seram tak?
Foto: Google
Kisahnya, ketika itu Paris dilanda wabak penyakit teruk yang berpunca dari tanah perkuburan biasa. Jadi, pihak berkuasa membuat keputusan untuk memindahkan semua kubur termasuk rangka, mayat dan keranda ke bawah tanah.
Pemindahan pertama berlaku pada 1785 melibatkan tanah perkuburan terbesar di Paris, The Holy Innocents' Cemetery atau Saints-Innocents de Paris. Sejak itu, semua tanah perkuburan di Paris dipindahkan ke sini.
Boleh lepak borak-borak ditemani tengkorak
Foto: Google
Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 1809. Dahulu kena buat temujanji, tapi sekarang boleh masuk bila-bila masa, bergantung kepada jadual lawatan pemandu pelancong mereka.
Dianggarkan enam juta orang dikebumikan di kawasan sepanjang 320 kilometer itu dan sampai sekarang, peta tepat mengenainya masih tiada.
Berani tidur?
Foto: Google
Hanya kawasan tertentu dibuka kepada pelancong dan kawasan yang dibenarkan untuk dilawat ini terletak 20 meter di bawah tanah.
Kawasan sepanjang 1.5 km dan seluas 11,000 meter persegi itu mempunyai 234 anak tangga dan kebiasaannya, lawatan mengambil masa lebih kurang sejam setengah.
Difahamkan, harga tiket untuk orang dewasa adalah 29 Euro (RM133) dan kanak-kanak 5 Euro (RM22). Lawatan termasuklah pemandu pelancong dan penerangan kisah kubur besar ini.
Jadi, kalau berpeluang ke Paris bolehlah cuba masuk kawasan perkuburan bersejarah Eropah ini!
Ada berani? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takpelah, sis tgk gamba je {:full |
|
|
|
|
|
|
|
mak aii menarik
aku suka tgk pasal tmpt ni
1st tau masa scariest places on earth
ada org sesat wei xkeluar2
kesian dia |
|
|
|
|
|
|
|
Belum ada keberanian nak melawat tempat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Memang x masuk la.serammmm |
|
|
|
|
|
|
|
memang takla...spesis penakut i ni.....mau terbayang - bayang je nih |
|
|
|
|
|
|
|
memang takla....i mg spesis penakut..mau terbayang - bayang siang malam nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah masuk beberapa tahun lepas, tak ada yang nak mengikut saya pergi jadi pergi sendiri, orang lain pergi shopping. Kena tunggu beratur lebih kurang satu jam setengah dalam hujan bulan April. Semasa beratur perhatilah mereka mereka yang nak masuk, seorang Malaysia pun tak ada.Masuk berkumpulan sedikit sedikit jadi kat dalam tak ramai orang. Semasa pergi tu tak ada tour guide pun, mungkin kena bayar lain. Menuruni anak tangga yang sempit, tangga pusing dalam cahaya yang samar samar. Bila sampai bawah semua yang dalam kumpulan berpecah mengikut kumpulan masing masing. Lampu dalam kubur ni sangat malap dan tak banyak. nak mengambil gambar pun agar susah kebanyakannya blur tak cukup cahaya. Kena ikut anak panah yang dilukis kerana banyak lorong lorong kecil yang berliku liku dan gelap. Akhir keluar dari makam ni pula kat tempat lain bukan tempat kita masuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 28-2-2020 09:15 AM
Wah, boleh pergi hujung tahun ni
[Eiffel tu best tengok naik cruise memalam, kol 10 pm dia akan lit up...cantik tengok liplap2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh la. Tak berani nk naik flight sbb tak suka ketinggian |
|
|
|
|
|
|
|
Insyallah satu hari nti smpai kot |
|
|
|
|
|
|
|
trima kasih je laa... nampak serammm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah g dulu, beratur panjang gila nk masuk pun. Ok je dlm tu, xla seram sgt walaupun tengkorak penuh kiri kanan. Cuma lampu suram sikit je kt certain part dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Tak berani lerr nak g cemetery lagi2 kat overseas
For me Eiffel Tower ok ajer.........dapat tengok view kota paris.......just rimas awang hitam yang menjual sourvenir
|
|
|
|
|
|
|
|
Waaaaa... masa travel pi sana, ta tau pulak ada tempat ni.. mcm best.. tp mvm takut bila balik hotel, mlm tido ngigau huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|