CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4298|Reply: 11

Perlu Ada Anak Baru Boleh Jadi Cikgu Pra Sekolah?

[Copy link]
Post time 1-8-2019 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Zaman dah berubah. Pekerjaan yang biasanya dilakukan kaum hawa kini dilakukan juga kaum adam. Jika pada suatu ketika, jawatan cikgu tadika atau cikgu pra sekolah selalunya didominasi kaum hawa, kini kaum adam juga berminat mencubanya.

   

Kredit foto: FB Cikgu Firus




Cikgu Muhammad Firus Bin Kamal, guru Pra Sekolah SK Cyberjaya merupakan seorang cikgu yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti dan antara calon Guru Inovatif 2019 peringkat negeri Selangor.


Beliau sanggup memakai kostum maskot haiwan untuk mengembirakan pelajarnya yang menyambut Hari Lahir. Keupayaan beliau sebagai guru tadika memang wajar dipuji dan diberikan pujian.


Ternyata Guru Lelaki Tadika seperti beliau adalah spesis rare dan terancam yang perlu diberikan peluang serta mendapat sokongan padu masyarakat.
  



  


Kredit foto: FB Cikgu Firus



  
Namun, baru-baru ini, Muhammad Firus Bin Kamal atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Firus berkongsi di Facebooknya beberapa tangkap layar pesanan daripada seorang ibu kepadanya.


Dalam mesej tersebut, wanita terbabit dilihat mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang guru tadika kerana beliau tidak mempunyai anak. Malah, wanita berkenaan turut mengaitkan bahawa seorang cikgu selalunya adalah seorang pedofilia!
  


   
Kredit foto: Fb Cikgu Firus






Hantaran ini telah dikongsikan sebanyak 4.9 ribu kali dan rata-rata netizen mengecam tindakan ibu tersebut dan turut memberikan kata-kata semangat buat Cikgu Firus.
  


   



Kredit foto: FB Cikgu Firus



Keterbukaan dan kebebasan bersuara adalah digalakkan, tapi perlu kena pada tempatnya. Sebarang, aduan daripada ibu bapa perlu disalurkan ke tempat yang betul supaya segala masalah berbangkit boleh diselesaikan dengan baik.


Semoga Cikgu Firus tidak patah semangat dengan kejadian ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak tu dpt mak bodoh
(Ade bnyk nk tulis tp xde bnde yg elok selain drpd mencarut & kata2 hina...so xpyh la nk tmbh dose i pulak atas kesengetan fikiran maknye)


Kpd cikgu firus, anggap ni sbg cabaran & jgn patah semangat..apa yg dh dilakukan skrg ni pun dh cukup hebat & mgkin cikgu perempuan & dh ade anak pun x mampu buat..  (mcm la baca)
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 12:22 PM | Show all posts
Jenis kurang pengetahuan suka komen macam tu abaikan aja orang sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini sexism!

Orang lain yang pedo, orang lain yang kena tuduh.

Kalau guna that logic, mak-mak kandung pun tak leh pakai lah, sebab mak kandung dera anak, lacurkan anak, biar anak tak makan sampai kurus keding. Kan masuk berita banyak kes mak kandung yang jahat nih.

Patutnya kena jawab gitu kot kat minah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling teruk, mak kandung biarkan suaminya merogol anak kandung semata-mata xnak bergelar janda!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh macik ni...kalau xnak cikgu tu ngaja anak kamu,bwk pegi tmpt lain laa..x semestinya y ada anak xreti jaga anak,dan tak semestinya y dah punya anak reti dan tahu serba serbi mcm mana nak jaga anak..

Skrg ni ramai makpak y tak berguna,termasuk lah kamu sendiri macik oitttt~dah elok2 cikgu tu ikhlas nak ngaja anak kamu,dah jd kurg ikhlas nti,x berkat ilmu tu pdn muka..kesian anak macik ni dpt ibu bodoh..

Lagi satu,suami mokcik tu ntah2 spesis pedo dan haruan..cuma tak terbongkar je lagi. So stupid lah diz mokcik..i kenot brain~!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni satu lagi jenis mak bapak species bodoh bertingkek tingkek.. Bila di kata kan bodoh piang tau pulak marah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2019 08:24 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 1-8-2019 11:48 PM
Eh eh macik ni...kalau xnak cikgu tu ngaja anak kamu,bwk pegi tmpt lain laa..x semestinya y ada anak ...

Kalau cikgtu tu tak tau..kenapa dia apply jawatan cikgu tadika... orang sekarang  ni pelik-pelik..mentang-mentang boleh kondem, kondem je tak tau mana hala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2019 09:21 AM | Show all posts
amboii ni mmg spesis suka ckp main lepas jer ni..
semua tu takde kaitan pun siap nak perhati cikgu
tu lg.mak spesis membawang tahap tinggi ni..cikgu
baik mcm tu pun dia bole fikir yg bukan2..setkt sendiri2
sembang takper lah jg ni siap watsap cikgu tu sendiri..mmg
takde kerja lah mak bawang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2019 10:13 AM | Show all posts
don give up cikgu...biase ler..minta parent tu  jaga budak2 seramai 30 org sekelas tu..mampu ke dia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2019 02:45 PM | Show all posts
amboi sedapnya acik cakap.... acik & suami yang dah beranak ramai macam rabbit ni mestilah lebih handal nak mengajar budak-budak kan, maka, apa lagi, pegi laaa ambil alih jawatan cikgu yang takde anak ni. takkan lah handal mengecam jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2019 05:25 PM | Show all posts
Tringat kat YouTube psl kat S'pore pun ada llaki yg jdi cikgu tadika. Both r good ppl.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061218 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list