Bagai merpati dua sejoli, pelakon jelitawan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza memang sesuai jika bersama kerana kedua-dua mereka sama cantik dan sama padan.
Pasangan pelakon ini baru sahaja bertunang pada Jun lepas dan telah membuat pengumuman untuk berkahwin pada Februari nanti.
Sumber Gambar: Instagram Media Hiburan
Hasil temu bual Media Hiburan bersama Zahirah dan Aiman, mereka berdua berkongsikan kisah sewaktu di awal pertemuan mereka.
Menurut Zahirah, Aiman tidak membalas mesejnya pada awal perkenalan dahulu dan beranggapan Aiman ialah seorang yang sukar untuk didekati.
"He is hard to get", ujar Zahirah apabila ditanya pandangannya tentang Aiman Hakim.
Namun, Aiman Hakim menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak menyangka bahawa Zahirah Macwilson ialah orang yang menghantar mesej itu. Semenjak dari itu, mereka berdua semakin rapat dan memutuskan untuk bersama sehingga ke jinjang pelamin.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson
Sumber Gambar: Instagram Zahirah Macwilson
Pasangan tinggi lampai mengumumkan bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari tahun hadapan. Semoga segala urusan dipermudahkan buat pasangan dua sejoli ini! - CARI
|