Mungkin sesetengah orang akan menganggapnya sebagai anugerah jika boleh mencapai kepuasan syahwat lebih dari sekali.
Namun, bagaimana jika seseorang terpaksa melalui kemuncak syahwat di mana sahaja dan pada bila-bila masa?
Seorang wanita dari Glasgow, Scotland berasa sangat tertekan apabila dia tidak dapat mengawal rangsangan seksual.
Kredit foto: Herald and Times /SWNS
Menurut Metro.co.uk, Maria, 61, menderita Gangguan Rangsangan Genital Berterusan (PGAD) dan merasakan situasinya itu telah merosakkan hidupnya.
Difahamkan, keadaannya itu membuat dia sukar untuk keluar rumah kerana terpaksa melalui kemuncak syahwat dalam apa jua keadaan tanpa melakukan hubungan intim.
Kereta terlanggar lubang, pergolakan pesawat, menaiki eskalator, mahupun getaran akibat gesekan biola, semuanya boleh menyebabkan wanita itu mencapai kepuasan syahwat tanpa dapat dikawal!
Gambar Hiasan
"Saya tak tahu berapa ramai wanita akan mengatakan bahawa mereka boleh mencapai klimaks dengan hanya menghadiri konsert Shania Twain," ujarnya yang mendakwa hidupnya hampir 100 peratus musnah akibat situasi dideritainya itu.
Malah, Maria terpaksa berhenti daripada mengikuti aktiviti kesukarelaan kerana nak bergerak sedikit sahaja pun boleh buat dia terangsang.
Janda tiga anak itu dikatakan sudah mencuba pelbagai cara termasuk fisioterapi dan suntikan steroid pada bahagian kelentitnya.
Maria mendakwa, keadaannya itu berlaku selepas menjalani pemeriksaan rutin ginekologi di Hospital Stobhill, Glasgow pada September 2017, di mana seorang pakar runding 'merempuh' spekulum ke dalamnya.
Dia takut untuk mencuba Botox sekiranya ia meninggalkan ketidaknyamanannya selepas menjalani pemeriksaan ginekologi rutin di Stobhill Hospital Glasgow pada September 2017, di mana seorang perunding memasukkan alat perubatan spekulum untuk memeriksa farajnya.
Sebulan kemudian, Maria mula merasakan gejala yang kemudian didiagnos sebagai PGAD akibat kerosakan saraf pudendal.
Permohonannya menjalani rawatan bagaimanapun ditolak Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Greater Glasgow dan Lembaga kesihatan Clyde.
Maria kemudian dirujuk ke London untuk rawatan memandangkan Scotland tidak memupnyai pakar PGAD.
Semoga Maria bertabah dan boleh sembuh dari penyakitnya itu. - CARI |