Semalam, tular di media sosial apabila seorang pengguna twitter memuat naik beberapa foto yang memaparkan dua orang kanak-kanak membuat aksi merbahaya di atas sebuah kereta. Yang dikatakan berbahaya itu apabila kereta tersebut dipandu oleh seorang pemandu, atau lain kata, kereta tersebut sedang bergerak! Tak sayang nyawa ke?
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Scientex, Johor Bahru. Terkini, Ketua Polis Daerah Seri Alam,Superitendan Ismail Dollah telah mula menjalankan siasatan dan memburu mereka yang terlibat.
Pihak polis juga telah meminta pihak yang terbabit untuk tampil ke balai polis berhampiran ataupun IPD Seri Alam untuk membantu siasatan. Saksi kejadian dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut turut diminta tampil atau boleh saja menghubungi balai polis /IPD Seri Alam di talian 07-386 4222 untuk membantu siasatan.
Menurut pihak polis lagi, insiden tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Kesiksaan atas kesalahan membahayakan nyawa dan keselamatan orang lain. Tak pasal-pasal!
Netizen yang sentiasa cakna mengenai isu semasa telah memberikan komen dan ternyata mengecam tindakan pihak tersebut kerana boleh mengancam nyawa. Nak tunggu ada yang mati baru menyesal agaknya!
Apa pendapat anda? - CARI
|