CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22383|Reply: 144

Wanita Mengamuk Caci, Maki Staf KKM - Salah Siapa?

  [Copy link]
Post time 23-7-2019 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan meranalah badan. Dewasa ini, rakyat Malaysia semakin berani membuat pendedahan di media sosial yang kadangkala membawa kepada impak negatif dan mengundang kecaman netizen.


  
Kredit foto: Google




Kelmarin, seorang wanita pertengahan usia memuat naik video luahan perasaan beliau ke atas perkhidmatan kaunter klinik kesihatan di kawasan rumahnya.



Beliau menghamburkan kata-kata kesat terhadap perkhidmatan kaunter di klinik tersebut selain meluahkan rasa kecewa dengan sikap pekerja di klinik berkenaan kerana lambat menguruskan perihal pendaftaran rawatan anaknya di situ.

  



  
Susulan kejadian tersebut, Dato' Dr. Norhizan Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri KEDAH tampil memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
  


   


Menurut Dr Norhizan polisi klinik adalah klien atau pesakit diminta untuk BERATUR DI KAUNTER bagi mendapatkan nombor giliran. NOTIS PERATURAN ini ditampal di cermin kaunter tempat meletakkan kad pengenalan.


Ianya berbunyi begini: "SILA BERATUR, BERI KAD PENGENALAN KEPADA PETUGAS KAUNTER. PASTIKAN ANDA MENDAPAT NOMBOR GILIRAN SEBELUM MENINGGALKAN KAUNTER". Namun, wanita tersebut didapati tidak berbuat demikian.
  


   



  
  Beliau TIDAK BERATUR sebagaimana ditetapkan kerana dakwanya, semasa ke kaunter, tiada staf di situ. Petugas kaunter ada kalanya turut membantu mencari kad pesakit sebab klinik ini bukan merupakan klinik bersistem komputer dan segala pendaftaran serta saringan maklumat pesakit perlu dibuat secara manual.


Apabila staf kembali ke kaunter, staf berkenaan tidak menyedari akan adanya kad pengenalan anak beliau. Sebaik menyedarinya, staf berkenaan memberi nombor giliran yang agak terlewat.


Apabila wanita ini bertanya kenapa anak beliau belum dipanggil, staf berkenaan menunjukkan bahawa nombor telah diberikan tetapi belum sampai giliran anaknya untuk dipanggil. Wanita ini terus marah dan minta dikembalikan kad pengenalan anak beliau kerana hendak ke klinik lain.
  
Video ini mendapat pelbagai reaksi yang nyatanya kecewa dengan sikap dan cara luahan wanita berkenaan.



Tak sanggup tengok video sampai habis kerana penuh dengan caci dan maki...
  


   






Wanita ini perlukan medical card, pergi sahaja ke klinik pilihan sendiri...






Semoga wanita ini insaf - pengajaran untuk kita semua...






Orang awam yang mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan mahupun hospital sepatutnya memberi kerjasama kepada pihak berkenaan bagi membantu memudahkan segala urusan.


Sekiranya ada masalah atau isu berbangkit, sila rujuk kepada pegawai atau staf bertugas untuk penjelasan dan bantuan. Penulis berpendapat, kita perlu banyak bersabar dan bertenang dalam menjalani kehidupan seharian supaya boleh berfikir dengan waras. Jauhi tindakan melulu yang memakan diri. Semoga bermanfaat. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa.......cantik secantik tuannya...{:smile

Dah laa bt video tuh time tgh drive..mujur x eksiden mati jah..xde ke y siasat sapa pmpuan nih?jgn keje sbg cikgu sudahlah..kekeke~
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:28 AM | Show all posts
tak lama lagi acik ni nak kluaq produk timbang kilo ka? apa2 hal kasi viral dulu la kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:29 AM | Show all posts
belum tengok lagi vedionya?
tahap berapakah caci makinya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:30 AM | Show all posts
marah naw makcik, bawa bersabar makcik, kot2 esuk ni sakit jantung, x sedar diri orang tolak kita p hospital klinik yg makcik hangin sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang lambat sangat ke? Aku jarang pergi klinik kerajaan ni{:give
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
i benci org yg suka maki. Tak kira dia salah atau tidak. Makian terus mencerminkan pribadi diri dia. Ni la... jenis ingat dia je teror and betul. X SUKA TUNGGU jangan pegi gomenla. lembab!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:36 AM | Show all posts
i percaya je kalau family dia sendiri pun dia ada maki..
pastu ujung-ujung dia mesti cakap, aku ni mulut je jahat tapi hati baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 23-7-2019 10:29 AM
belum tengok lagi vedionya?
tahap berapakah caci makinya?

I bagi 8.5/10 sbb smua perkataan caci maki tmasuk dlm kain skali..penyampaian pn ok tak kayu sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:39 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 23-7-2019 10:38 AM
I bagi 8.5/10 sbb smua perkataan caci maki tmasuk dlm kain skali..penyampaian pn ok tak kayu sgt.. ...

penggunaan pentas pula bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Gi lah hospital swasta..tak perlu byr $1..jap je terus maauk bilik.. Otak letak lutut.. Org lain boleh sabar..lok lak org kedah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-7-2019 10:39 AM
penggunaan pentas pula bagaimana?

Yg tu bg kak orgy komen..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:56 AM | Show all posts
Kurex replied at 23-7-2019 10:34 AM
Tapi memang lambat sangat ke? Aku jarang pergi klinik kerajaan ni{:give

tak taula..
sebab i selalu buat rawatan gigi kat klinik gigi kerajaan kat BTR tu..
selama i  pergi sana, layanan bagus jer. bayar RM2 utk scaling, cabut or tampal
doktor pun baik2 jer layan pesakit...
jadi tak boleh nak hadam komplen wanita ini
dah la bahasa dia....astaghfirullahulazim...... bila carutan dah macam zikir kat mulut sekarang ni
menakutkan sungguh..

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:56 AM | Show all posts
bayor singgit nak layanan VVIP... dah nama pn klinik kerajaan selalu org g kul 6-7 pagi..tu pn dlm kul10 baru kena panggil..sabor la kak oi... nak cepat g swasta..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:57 AM | Show all posts
Zalimohd replied at 23-7-2019 10:41 AM
Gi lah hospital swasta..tak perlu byr $1..jap je terus maauk bilik.. Otak letak lutut.. Org lain bol ...

dia pikir klinik gomen tu Khas utk dia je... VVIP la katakn...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:58 AM | Show all posts
aya_D'Brutal replied at 23-7-2019 10:56 AM
tak taula..
sebab i selalu buat rawatan gigi kat klinik gigi kerajaan kat BTR tu..
selama i  per ...

tak tengok lagi video ni.
tapi baru semalam aku hanjingkan sorang betina garit.
selalunya yg suka maki mencarut ni jenis muka kepam membusuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2019 11:14 AM | Show all posts
perkhidmatan government murah, semua org nak dptkan rawatan,
cuba la senyum dgn staff KKM, mereka pun penat terima ramai pesakit
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 11:23 AM | Show all posts
makcik ni muka da la tonyok
lagi ade hati nak maki orang
kena sepak muka tonyok dia tu baru ade akal
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 11:30 AM | Show all posts
plz..jangan bertindak semasa sedang marah..silap langkah..makan diri sdiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 11:49 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 23-7-2019 10:38 AM
I bagi 8.5/10 sbb smua perkataan caci maki tmasuk dlm kain skali..penyampaian pn ok tak kayu sgt.. ...

hahahahaha sabo jela..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.207838 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list