CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24013|Reply: 216

Masa Menunggu Terlalu Lama - Hospital Kerajaan Nazak?

[Copy link]
Post time 19-7-2019 10:20 AM | Show all posts |Read mode



Masalah menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan di hospital kerajaan seperti tiada penghujungnya. Ramai pesakit kerap mengeluh mengenai masa yang lama untuk mendapat rawatan di bahagian tersebut. Mungkin ada yang kurang percaya, tetapi itulah yang dilaporkan dalam laporan Jabatan Audit Negara.




Ihsan - Utusan Malaysia





Ihsan - Kosmo Online



Menurut laporan tersebut, hospital kerajaan semakin nazak akibat kesesakan jabatan kecemasan di hospital-hospital kerajaan.  Kebanyakan pesakit hanya menerima rawatan selepas 6 jam tiba di hospital. Hal ini menyebabkan kelewatan pesakit mendapatkan rawatan untuk sesetengah pesakit dan seterusnya boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan kematian.



Sumber - FB Publich Health Malaysia



Kebanyakan hospital di kawasan bandar utama semuanya berdepan masalah kesesakan kerana sewaktu dibina dahulu, jumlah penduduk sekitarnya tidak begitu ramai.

Antara faktor kelewatan adalah :
  
✅ Beban kerja tinggi dan bilangan staf kesihatan yang kurang
✅ Kekurangan peralatan perubatan
✅ Ruang di hospital yang terhad
✅ Sistem ICT yang lemah
✅ Peningkatan kehadiran pesakit tidak kritikal mendapatkan rawatan di zon kecemasan terlalu tinggi hingga mengakibatkan kesesakkan dan perkara yang tidak sepatutnya


Keadaan kesesakan ini boleh dielak sekiranya pesakit faham bukan semua penyakit perlu dirawat di hospital amnya atau jabatan kecemasan khasnya. Jika orang ramai mampu memahami fungsi sebenar jabatan kecemasan dan trauma, pihak hospital mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit. Masalah kelewatan menerima rawatan ini turut dihadapi di klinik kesihatan.




Ihsan - FB Public Health Malaysia





Orang awam juga perlulah menjaga kesihatan dan berusaha mengamalkan gaya hidup sihat. Semoga amalan ini dapat mengurangkan jumlah pesakit ke hospital. Pihak kerajaan juga diharap dapat mengatasi masalah  kesesakan ini dengan segera. - CARI


Sumber : Public Health Malaysia dan Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit byk pegi ke tempat lain

Patutnya improve dan baiki hospital di malaysia ni byk pembaziran pegi ke projek yg tak munasabah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:43 AM | Show all posts
iols menyampah bila orang asing pun hadap nagn hospital gomen

untung betul dorang kos perubatan kat malaysia cukup murah

sepatutnya spital gomen kena buat undeng undeng hospital kerajaan hanya untuk rakyat melaysia

sepatutnya warga asing  kena pergi dapatkan rawatan di pusat  perubatan swasta
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:48 AM | Show all posts
Edited by rospinki at 19-7-2019 11:49 AM

malass nk pegi hospital pasal kena tunggu lama satu pastu mcm kat negara lain penuh dgn org asing menyondol

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku tiada klinik 24 jam, tiada hospital swasta, jadi hanya jabatan kecemasan dan trauma sahaja tempat untuk mendapatkan rawatan selepas jam 9 malam. Mudahnya bercakap tanpa mengetahui situasi satu satu tempat. Jangan dapatkan rawatan kalau bukan kes kecemasan? Taraf penduduk di tempat aku sangat rendah. Kaum bumi hanya mampu untuk dapatkan rawatan di hospital. Masuk klinik mau mau RM50 ke atas. Datang ke hospital pun masih bergantung pada kenderaan awam. Mana ada kemampuan dari segi kewangan di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:50 AM | Show all posts
statement yang disukai oleh ejen insurans.. tunggu lah jap lagi ejen semua guna ayat 'gi hosp gomen kena tunggu lama'. padahal sama juga hosp swasta pun kena tunggu lama skrg ni. manjang bilik penuh je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-7-2019 10:55 AM | Show all posts
kaseh80 replied at 19-7-2019 10:39 AM
Duit byk pegi ke tempat lain

Patutnya improve dan baiki hospital di malaysia ni byk pembaziran p ...

dulu bajet kesihatan kena potong banyak.. harap kerajaan baru amik cakna pasal ni.dok kaji dari dulu sampai ke sudah mcm tu ja..pesakit makin ramai. caj pendatang asing mmg naik banyak sejak 1 Jan 2016. Setengah majikan depa bawak pi swasta ja. Sekarang ni sapa mampu pi spital swasta pun ramai jugak. Hat spital swasta kurang orang tu Colombia Hospital, Princecourt Hospital.... mahelll tak mampu... nak tak nak last2 terpaksa pi spital kerajaan jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:56 AM | Show all posts
#Melaka tolong lah percepatkan expand Jabatan kat Hospital Alor Gajah ni Equipment canggih tapi tak pakai.. taraf Hospital baru dah naik ke Klinik Pakar tapi Pakarnya takde.. klu aku kene rujuk Hospital Besar Melaka matila nak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 11:19 AM | Show all posts
yg nzk org ape lak spital
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:19 AM | Show all posts
macai2 pn leh nginzal thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:23 AM | Show all posts
kucingitam replied at 19-7-2019 10:50 AM
statement yang disukai oleh ejen insurans.. tunggu lah jap lagi ejen semua guna ayat 'gi hosp gomen  ...

betul.
tempat aku, hospital swasta menunggu bukan main lama.
dah itu je hospital panel company aku, hadap je laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku cukup nyampah klo org g spital request nk cepat, fast lane bagai, siap cakap sy pesara kerajaan tau x??  Puii!!  Da besara kn,  tunggu je lah, org yg masih berkhidmat pun bole je tunggu even lepas tu berkejar nk masuk keja lg
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dinafikan. Dah pernah berdepan situasi mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:34 AM | Show all posts
rospinki replied at 19-7-2019 02:48 AM
malass nk pegi hospital pasal kena tunggu lama satu pastu mcm kat negara lain penuh dgn org asing le ...

jngn angkuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:35 AM | Show all posts
isseliparjepun replied at 19-7-2019 02:49 AM
Kat tempat aku tiada klinik 24 jam, tiada hospital swasta, jadi hanya jabatan kecemasan dan trauma s ...

tweet kt yb saddiq
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:36 AM | Show all posts
kucingitam replied at 19-7-2019 02:50 AM
statement yang disukai oleh ejen insurans.. tunggu lah jap lagi ejen semua guna ayat 'gi hosp gomen  ...

rmai da sdr kpntingn insurans
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 11:36 AM | Show all posts
natrahn replied at 19-7-2019 02:55 AM
dulu bajet kesihatan kena potong banyak.. harap kerajaan baru amik cakna pasal ni.dok kaji dari du ...

krjaan bru kne bjimat ler
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:37 AM | Show all posts
rukia2 replied at 19-7-2019 03:30 AM
Aku cukup nyampah klo org g spital request nk cepat, fast lane bagai, siap cakap sy pesara kerajaan  ...

sian la wrga emas..ko mude lg
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:37 AM | Show all posts
yang datang dengan appointment pon 4-5 jam jugak tunggu

especially kat HKL tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:38 AM | Show all posts
buragazz replied at 19-7-2019 02:56 AM
#Melaka tolong lah percepatkan expand Jabatan kat Hospital Alor Gajah ni Equipment canggih tapi tak  ...

bgthu ali ketam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.046729 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list