Rihana Oksana semakin dikenali ramai kerana sering berkongsi coretan mengenai kisah kehidupannya di IG beliau rihanapetra. Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai detik pertemuan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra mengakui keputusan untuk berkahwin merupakan pilihan yang tepat.
Instagram Rihana Petra
Rupa-rupanya, akaun tersebut adalah palsu susulan pengumuman oleh Istana Kelantan hari ini (16 Julai 2019). Istana Kelantan murka dengan penyebaran pengakuan palsu di instagram Rihana tersebut. Menurut Istana Kelantan, terdapat seorang individu tidak dikenali telah membuka akaun instagram menggunakan nama Rihana Petra dan menyebarkan pelbagai dakwaan kisah peribadi sejak Jun lalu.
Dan menerusi hantaran di Instagram juga, individu tersebut membuat pengumuman anak yang didakwa dilahirkannya ialah bakal Putera Mahkota Kelantan. Pelbagai foto yang turut melibatkan Sultan Muhammad V turut dimuatnaik.
Sumber - Instagram Rihana Petra
Sumber - Istana Kelantan
Selepas hampir 8 bulan menutup mulut, akhirnya Istana Kelantan melalui pengelola diraja Istana Kelantan, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh digelar Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman istana. Dalam kenyataan rasmi itu, pihak istana turut memaklumkan bahawa Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manakala Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis.
Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.
Dengan kenyataan ini, ia sekaligus menafikan dakwaan individu berkenaan bahawa anaknya merupakan bakal Putera Mahkota Kelantan. Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas sebuah dokumen didakwa sijil perceraian tersebar di media sosial. Ia menunjukkan Sultan Kelantan menceraikan Oksana dengan talak 3. - CARI
Sumber : Sinar Harian & Astro Awani |