View: 3823|Reply: 10
|
Pandang Orang Sakit Mata Boleh Buat Kita Dijangkiti?
[Copy link]
|
|
Adakah benar memandang orang yang sakit mata akan menyebabkan kita dijangkiti? Sejauh mana perkara ini benar?
Pesakit yang mengalami mata merah serta gatal ataupun sakit selalunya akan didiagnosis mengalami penyakit konjunktivitis atau bahasa mudahnya sakit mata.
Penyakit konjunktivitis disebabkan keradangan pada selaput konjunktiva yang terletak pada belakang kelopak mata akibat jangkitan bakteria dan virus. Ia juga boleh disebabkan alahan ataupun akibat kecederaan yang disebabkan tumpahan bahan kimia pada mata.
Ihsan : Google
Tanda-tanda jangkitan konjunktivitis adalah seperti berikut :
- mata pedih
- mata gatal
- mata merah
- akan ada cecair kuning jika jangkitan tersebut disebabkan bakteria
- kelopak mata melekat
Adakah jangkitan itu boleh merebak dengan hanya melihat mata orang lain ataupun apabila orang lain melihat matanya?
Ihsan : Google
Sebenarnya, cara jangkitan konjunktivitis selalunya melalui sentuhan langsung kepada cairan yang dikeluarkan mata pesakit. Sebagai contoh, melalui penggunaan tuala sama ataupun penggunaan barang peribadi yang mendedahkan orang lain pada kuman tersebut.
Jangkitan yang disebabkan oleh virus pula adalah melalui titisan air dalam udara. Contohnya, apabila seseorang yang sedang mengalami konjunktivitis bersin ataupun batuk, kuman tersebut masuk ke dalam udara dan tersebar ke mata mereka yang berdekatan, seterusnya menyebabkan jangkitan kuman berlaku.
Ihsan: Google
Jadi, masalah mata merah, sakit mata atau konjunktivitis tidaklah merebak dengan cara memandang mata pesakit. Kuman tersebut tidak akan sampai ke mata orang lain dengan hanya merenungnya. Sebaliknya, pesakit yang mengalami sakit mata sangat mudah menjangkiti orang lain melalui cara yang telah diterangkan tadi.
Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Semoga info ini bermanfaat. - CARI
Sumber : Dr Latif Saad |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha! Dulu2 aku percaya dgn benda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang sakit mata suka mengosokkan matanya kerana rasa gatal, jadi tangan lepas mengosokan matanya itulah memudahkan jankitan berlaku pada orang bila dia memegang atau mengunakan barang2 yang dikongsi bersama |
|
|
|
|
|
|
|
tp kebetulan mmg ada terjadi..
org opis aku sakit mata, dia dtg hntr mc. dok psl2 esoknya org lain terkena plk. sblm tu org tu sihat je. si polan dtg mc je takde lah sentuh tuala ke, share brg ke ape ke. dia x masuk pun lagi bilik opis.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin boleh, sebab tiap sesuatu pancar gelombang, |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu kalau dh tau sakit mata jgn gatal dtg kerja atau pergi sekolah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaa xkn xtau. Same gak la klau pandang konek, nnty bunting! |
|
|
|
|
|
|
|
adoi kah kah kah kah padu
|
|
|
|
|
|
|
|
memang benci betul kalau ada member2 sakit mata tapi datang office, sebab nanti i mesti terjangkit...hahahaha, sensitif sungguhla |
|
|
|
|
|
|
|
alahai... kadang-kadang doktor payah nak bagi MC..sian puan bintang...kena pakai extra shield hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
i pernah percaya benda ni.
dulu masa i dduk hostel masa sekolah. kalau ada org sakit mata i suka nak pergi kat org tu, mata tau dpt sakit mata sekali boleh mc lama mst dpt balik kg.
hahaha tapi xpernah jadi pun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|