Sejak rumah tangganya jadi tumpuan seluruh negara, banyak perkara buruk yang kita dengar tentang Aliff Aziz.
Tetapi, Ustaz Ebit Lew di Instagramnya pula berkongsi tentang perubahan positif Aliff sejak bercerai daripada Bella Astillah pada 16 Mei lalu.
Ustaz Ebit sempat berjumpa dengan Aliff di rumah keluarganya di Singapura. Menurutnya, sejak kontroversi yang melanda Aliff, penyanyi itu sudah banyak berubah.
Aliff sudah pandai jaga solat, hafal Quran, perubahan yang ketara berbanding kehidupan liarnya sebelum ini.
"Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya," tulis Ustaz Ebit di Instagramnya.
Aliff juga sebak dan menangis teresak-esak apabila Ustaz Ebit bertanyakan apakah yang akan dia lakukan jika hari ini adalah hari terakhir hidupnya.
ALIFF BANYAK BERUBAH SELEPAS DILANDA PELBAGAI KONTROVERSI. FOTO: INSTAGRAM
Penyanyi itu juga sempat memohon maaf kepada anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun kerana gagal menjadi bapa yang baik.
"Sebagai ayah saya sendiri pun tak mahu dia lakukan benda tak baik, yang saya pernah lakukan sebelum ini."
ALIFF MEMINTA MAAF KEPADA ANAKNYA KERANA GAGAL MENJADI AYAH YANG BAIK. FOTO: INSTAGRAM
Aliff juga mendoakan supaya Bella mendapat kebahagiaan sepatutnya selepas perceraian mereka.
"Sepanjang perkahwinan kami, banyak perkara yang saya boleh lakukan dengan lebih baik berbanding apa yang berlaku dan saya doakan Bella supaya terus berjaya dan mendapat kebahagian sepatutnya," kata Aliff.
ALIFF DOAKAN BELLA SUPAYA TERUS BERJAYA DAN BAHAGIA. FOTO: INSTAGRAM
Mengakhiri catatan di Instagramnya, Ustaz Ebit meminta semua supaya sama-sama mendoakan perubahan Aliff berkekalan dan kehidupannya bertambah baik selepas diuji Allah.
"Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah," tulisnya.
Semoga Aliff terus tabah dan istiqamah berubah, dan semoga Bella mendapat kebahagiaan sepatutnya. - CARI