CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4733|Reply: 21

[Bahasa] [Takwil Puisi 019] Andaiku Miliki Semalam...

 Close [Copy link]
Post time 10-7-2019 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 10-7-2019 12:23 PM

Tahniah kepada pemenang [Takwil Puisi 018]Bintang-bintang,

@sapeka

*Pemenang dipilih berdasarkan poin penting yang dilampirkan dalam mentakwil dengan sajak ini



Jawapan Takwil Puisi Bintang-bintang

Pengertian

Puisi ini menceritakan tentang perasaan seseorang yang sangat takjub dengan bintang-bintang sejak kecil. Berkumpul dan baring-baring dengan famili dan pelbagai aktiviti di buat di bawah bintang. Dengan berada di bawah aturan bintang-bintang yang sama, beliau merasa berada seperti di halaman rumah sewaktu kecil walau sudah berada jauh di tempat lain.



Puisi Minggu Ini

Andaiku Miliki Semalam


Puing-puing putih ombak luka,         

memutih membelah lautan,                                                                                                                                                              

Angin semilir menghembus lembut ke penghujung senja,

yang merah,

semerah hatiku yang diulit luka-luka bisu.


Apa khabar hari ini?

Perlahan-lahan kutinggalkan noda semalam,

Bertatih walau perih,

semangat walau hatiku kadang-kadang seakan mati,

tiada rasa lagi,


titik-titik airmata menemani hiba dalam setiap inci mimipi-mimpi ngeri,

pengharapan tinggal pengharapan,

rahsia dan takdir tertis kekal dalam pengetahuanNya,

selagi namanya hidup,


jatuh bangun aku,


langkah tetap kuteruskan.


Selagi namanya manusia,


tidak lepas kesilapan.

Hidup dalam pencarian,


hidup dalam pengharapan,

persimpangan hebat.


Jiwa raga,


kusandarkan padaMu,


moga-moga ada petunjuk dan kebahagiaan di penghujung jalan usang.


Aku sendiri,

dan terus sendiri tanpa jemu begini,

mengejar cinta ilahi.

Moga-moga cinta ini direstui semesta bumi.


karya oleh,

@fahdramli






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2019 04:19 PM | Show all posts
tq mod
yg ni nanti saya takwilkan bila free

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2019 04:39 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 11-7-2019 04:55 PM
sapeka replied at 10-7-2019 03:19 PM
tq mod
yg ni nanti saya takwilkan bila free

Tahniah

@KILL_NANCY
@ipes2  
@aleX-S
@MeghanK
@hibernation
@chicozinn
@kuihbakar
@Lengkomg
@AlterEgo
@honeyvanilla
@shahada000
@joyahbawang
@sakinahxpdc
@abelnc
@gigihadid
@cikguvina
@denim

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 04:50 PM | Show all posts
seseorang yang nampak berputus asa..
merenung dimana yang silap..
kembali merintih kpd yg Maha Esa
semoga mendapat keredhaan
dan menemui kebahagiaan di penghujung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 07:31 PM | Show all posts
Tahniah buat semua pemenang..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah @sapeka tq @seribulan nanti saya takwil. Tengah melayan kerenah boss nak itu nak ini, nak buat itu nak buat ini.    Hahaha tensen Kita. Belum settle satu kerja dh datang satu kerja yang lain. Mana satu nak tala ni....hoho
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2019 10:41 AM | Show all posts
Mengisahkan seseorang yang hatinya sedang terluka dan kecewa.

Beliau cuba melupakan keperitan yang telah dilalui dengan sisa-sisa semangat yang ada namun adakalanya tiada kekuatan.

Kehidupan sehari-hari sering dihantui kenangan pahit serta kesedihan, ditemani air mata, rasa putus asa dan putus harapan namun cuba redha dengan apa yang berlaku.

Merasakan hidup perlu diteruskan walau apa pun rintangan.

Sebagai manusia biasa yang tak bisa lari dari membuat kesilapan, penulis sentiasa mengharap yang terbaik dalam membuat pilihan dan keputusan.

Penulis hanya berserah kepada tuhan, mohon diberikan petunjuk dan kekuatan serta masih ada bahagia menanti.

Hidup bersedirian mengharungi liku-liku hidup akan dimanfaatkan dengan melaksanakan amal ibadah, memperolehi keredhaan dan hidup dalam rahmat Allah S.W.T.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 11:00 AM | Show all posts
kuihbakar replied at 11-7-2019 10:25 AM
Tahniah @sapeka tq @seribulan nanti saya takwil. Tengah melayan kerenah boss nak itu nak ini, nak bu ...

tq akak kuihbakar
hari ni ngantuks laaa
nak kerja pon malas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2019 11:34 AM | Show all posts
Andaiku Miliki Semalam

Puing-puing putih ombak luka,         
memutih membelah lautan,                                                                                                                                                              
Angin semilir menghembus lembut ke penghujung senja,
yang merah,
semerah hatiku yang diulit luka-luka bisu.

Apa khabar hari ini?
Perlahan-lahan kutinggalkan noda semalam,
Bertatih walau perih,
semangat walau hatiku kadang-kadang seakan mati,
tiada rasa lagi,
titik-titik airmata menemani hiba dalam setiap inci mimipi-mimpi ngeri,
pengharapan tinggal pengharapan,
rahsia dan takdir tertis kekal dalam pengetahuanNya,
selagi namanya hidup,
jatuh bangun aku,
langkah tetap kuteruskan.

Selagi namanya manusia,
tidak lepas kesilapan.

Hidup dalam pencarian,
hidup dalam pengharapan,
persimpangan hebat.

Jiwa raga,
kusandarkan padaMu,
moga-moga ada petunjuk dan kebahagiaan di penghujung jalan usang.

Aku sendiri,
dan terus sendiri tanpa jemu begini,
mengejar cinta ilahi.
Moga-moga cinta ini direstui semesta bumi.


-
Di suatu senja, ditemani bersama kedukaan dijiwa
penulis memikirkan tentang apakah yang akan di laluinya hari ini
apakah akan lebih baik dari semalam, atau sebaliknya

Dengan jiwa yang lara, semangat yang makin hilang
penulis tetap cuba kuat untuk meneruskan kehidupan
walaupun masih tiada jawapan atas segala rahsia sang pencipta

Manusia dan kesilapan tidak dapat dipisahkan
lumrah kejadian seperti yang terciptakan
Terumbang ambing mencari sesuatu yang sendiri tak pasti
tetap mengharapkan kebahagia muncul tanpa kepastian

Penulis berserah segalanya pada yang maha ESA
walaupun bersendirian tanpa cinta manusia
yang nyata cinta kepada yang maha agung adalah kekal abadi


it's done

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Watak seorang pendosa yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Biarpun berusaha untuk kembali kepada fitrah..namun ada sahaja dilemma yang terpaksa dilalui oleh pendosa tersebut.

Watak pendosa ini juga menunjukkan yang beliau cuba untuk bertaubat diatas segala kejahilan yang dilakukannya ketika masih muda agar tidak terus hanyut bergelumang dengan dosa hingga keakhir hayat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sang fajar menjengah di siang hari
Menyaksikan sang manusia berseteru
Bintang kembali menyinar
Nyamankan burung burung yang patah sayapnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kepada pemenang puisi sebelum ni, iols sibuk sampai nak ucap tahniah pun tak dan.... Tahniah pemenang,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2019 09:44 AM | Show all posts
fahdramli replied at 13-7-2019 07:11 AM
Tahniah kepada pemenang puisi sebelum ni, iols sibuk sampai nak ucap tahniah pun tak dan.... Tahniah ...

Tahniah sajak terpilih dapat tu kredit.  
Tunggu @ipes2 pula, nak bagi hadiah kredit juga...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-7-2019 09:44 AM
Tahniah sajak terpilih  dapat tu kredit.  
Tunggu @ipes2 pula, nak bagi hadiah kredit juga...

Kak mod yg sentiasa murah hati..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2019 11:34 AM | Show all posts
fahdramli replied at 13-7-2019 09:13 AM
Kak mod yg sentiasa murah hati..

Sharing is caring korang punya post bagus bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 11-7-2019 09:25 AM
Tahniah @sapeka tq @seribulan nanti saya takwil. Tengah melayan kerenah boss nak itu nak ini, nak bu ...


Haa. Jangan lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2019 08:04 AM | Show all posts
Tahniah kepada yang terpilih
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 08:08 AM | Show all posts

done dah akak
hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2019 12:23 PM | Show all posts
RedScarf replied at 15-7-2019 07:04 AM
Tahniah kepada yang terpilih

Sila post takwil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 10:43 AM | Show all posts
@kuihbakar meh takwil...nak tutup sudah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071620 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list