CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23037|Reply: 199

[Tempatan] Nelayan nampak buaya heret mayat di Niah - teringat kes Jan 2015

  [Copy link]
Post time 3-7-2019 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by annabellaruz2 at 3-7-2019 04:03 PM

Baca berita ni tadi, terus aku teringat kes adik angkat abah aku yg kena baham dek buaya tinggal separuh badan dari bahagian pinggang ke kaki.
Kejadian awal January 2015.
Dah lebih 4 tahun berlalu, tapi sampai sekarang buaya tu belum dapat ditangkap walaupun sesekali penduduk kampung bercerita ada ternampak kelibat buaya hitam bertanduk tu muncul dipermukaan sungai tidak jauh dari tempat kejadian.




Keadaan mayat yang dijumpai nelayan yang sedang mencari ketam pada Selasa



MIRI: Satu mayat yang hanya tinggal bahagian perut hingga ke kaki dipercayai dibaham buaya dijumpai di Sungai Suai, Niah dekat sini sekitar pukul 1.30 tengah hari pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata mayat tersebut pada mulanya dijumpai oleh seorang nelayan dan adik lelakinya yang pada ketika itu sedang mencari ketam di kawasan Sungai Pabong.


"Pada pukul 12 tengah hari, semasa melalui Sungai Pabong menuju ke muara sungai, saksi bersama adik lelakinya sedang berada dalam perahu dan ternampak seekor buaya sedang mengheret satu objek seperti tubuh manusia.

"Saksi kemudian mendekati buaya tersebut dan ternampak mangsa sedang dibaham oleh buaya tersebut dan dibawa laju, saksi meminta bantuan nelayan yang lain untuk mencari semula mayat tersebut dan mayat itu berjaya ditemui semula di kawasan Sungai Suai," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.


Menurut Lim, pemeriksaan polis mendapati mayat seperti milik seorang lelaki dewasa namun keturunan dan umur tidak dapat dikenal pasti serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di dalam pakaian.


"Tidak ada kecederaan nyata melibatkan kelakuan jenayah pada mayat, mangsa berseluar warna kehitaman dan memakai tali pinggang hitam serta hanya kelihatan kawasan perut hingga ke kaki mangsa dan jelas kesan koyakan seperti gigitan buaya pada mayat," kata beliau.
Kata Lim, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat dan pemeriksaan mayat mendapati tidak ada unsur jenayah yang dapat dipastikan buat masa ini.


"Pihak keluarga Orang Hilang (OH) yang ada membuat laporan kehilangan telah datang ke rumah mayat dan melakukan pengecaman terhadap seluar dan kepala tali pinggang mangsa, namun tidak cam seluar dan tali pinggang tersebut," jelas Lim.

                              olehMohamad Achil Norrlatep
      

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerinya. Tapi sungai memang masih keperluan utama penduduk kat Sarawak ni kan, especially belah pedalaman. Tak boleh nak elak berdepan dengan buaya la macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana org blh tau buaya mana yg mkn org tu yer..ada pakai pawang ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 04:11 PM | Show all posts
moonbug replied at 3-7-2019 04:38 PM
Ngerinya. Tapi sungai memang masih keperluan utama penduduk kat Sarawak ni kan, especially belah ped ...

Ye...sungai masih menjadi penyambung utama penduduk dari kampung ke pasar atau bandar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 04:18 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 3-7-2019 04:58 PM
Mcmana org blh tau buaya mana yg mkn org tu yer..ada pakai pawang ke

Dalam banyak kes, ada yg perlukan khidmat pawang.
Macam kes kat atas tu sbb nelayan nampak buaya yg makan mangsa.

Then, dalam kes adik angkat abah aku, dia dibaham buaya depan 2 org anak dia waktu tghmalam semasa memasang belat.
Anak2 dia yg describe rupa buaya yang baham bapa dorg.

Dikuatkan lagi dengan pengakuan beberapa penduduk kampung yang pernah nampak penampakan buaya hitam bertanduk sebelum kes dibaham buaya tu.
Dikhabarkan saiz buaya tu selebar kancil dan panjang lebih 4 mtr.

Tak mustahil sbb disungai tu juga pernah ada penampakan makhluk ganjil yang mendiami satu lubuk yang ada pasir jerlus.


Selepas kes tu, penduduk kampung dengan bantuan org luar telah memasang umpan dan sepanjang tempoh seminggu, dorg dapat menangkap 9 ekor buaya.

Tetapi, bukan buaya hitam bertanduk yang dimaksudkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-7-2019 04:18 PM
Dalam banyak kes, ada yg perlukan khidmat pawang.
Macam kes kat atas tu sbb nelayan nampak buaya  ...

Abis tu klu 9 ekor buaya tu didapati x bsalah mcamna?cmana plk nk pstiksn yg mana mkn org.takan nk belah perut smua buaya tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2019 04:55 PM | Show all posts
mcm jadi2an pl buaya hitam bertanduk tu kan..mmg ada tanduk
ke.akk tanya sbb tak pernah dgr buaya hitam bertanduk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 04:56 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 3-7-2019 05:21 PM
Abis tu klu 9 ekor buaya tu didapati x bsalah mcamna?cmana plk nk pstiksn yg mana mkn org.takan nk ...

mcm aku cakap, dalam kes pakcik aku tu, 9 ekor buaya tu mmg sah bukan buaya yg makan pakcik tu.
jadinya cina bawa balik sama ada yg hidup atau mati.

tak tau la apa cina2 tu buat pada buaya tersebut.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2019 05:00 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 3-7-2019 05:21 PM
Abis tu klu 9 ekor buaya tu didapati x bsalah mcamna?cmana plk nk pstiksn yg mana mkn org.takan nk ...

lupa nak reply pasal belah perut buaya tu.
sesetengah kes sbb nakkan kepastian, bukan dorg belah...
tp dorg masukkan air ke mulut buaya secara paksa dengan harapan supaya buaya tu muntahkan isi perut.
Klu tiada yg mencurigakan, buat apa nak belah perut buaya kan?
Klu terkeluar benda2 asing yg mencuriga, baru lah dorg belah KOT..
KOT la, sbb aku pun tak tau kes LAIN.



Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:03 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 3-7-2019 05:04 PM

kena aktifkan balik industri pembalakan di sarawak nampaknya..


skrg ni..aktiviti balak mmg dh kurang...ikan makin banyak..udang makin banyak..tp boya makin bnyk lak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-7-2019 04:18 PM
Dalam banyak kes, ada yg perlukan khidmat pawang.
Macam kes kat atas tu sbb nelayan nampak buaya  ...

So buaya hitam tu tak dapat tangkap sampai sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sarawak org kate buaye2 sbsr kereta myvi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 05:04 PM | Show all posts
ikanmasin replied at 3-7-2019 05:55 PM
mcm jadi2an pl buaya hitam bertanduk tu kan..mmg ada tanduk
ke.akk tanya sbb tak pernah dgr buaya h ...

Itulah yg jd spekuan penduduk setempat selepas kejadian tu.
Ada juga yg mengatakan buaya tu adalah BUJANG SEBELAK.
Buaya yg pernah menjadi sebutan sebab membahan isteri tuai rumah disalah satu bahagian di Sarawak.
Tetapi ada desas desus mengatakan yg buaya yg berjaya ditangkap tersebut bukan Bujang Sebelak yg sebenar.





Bujang Sebelak ialah nama gelaran kepada seekor buaya seberat 200 tan dan sepanjang lima meter yang telah mengganas dan mengorbankan tiga mangsa di sekitar Sungai Sebelak, Sarawak pada tahun 2012.

Antara mangsa yang menjadi korban Bujang Sebelak termasuklah isteri ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban iaitu Siah Munsong.

Bujang Sebelak yang buta di sebelah mata kirinya dan menjadi buruan selama 14 hari akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pawang buaya terkenal, Indet Sanabong pada 2 Julai 2012 dengan menggunakan mantera dan umpan khas iaitu daging anjing putih.

-Kosmo!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 05:09 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 3-7-2019 06:03 PM
kena aktifkan balik industri pembalakan di sarawak nampaknya..

Sungai yg menjadi saksi pakcik tu dimakan buaya dahulunya merupakan sistem pengangkutan yg digunakan oleh tokey2 balak untuk mengangkut balak sama ada ditunda atau diatas kapal besar yg lalu di sungai tersebut.

Laluan sungai tersebut terletak disebelah sekolah aku yg juga merupakan salah satu sistem pengangkutan yg digunakan oleh penduduk setempat utk menghantar anak2 ke sekolah serta ke bandar.

Bila kapal besar lalu, sampan & perahu kecil terpaksa berhenti ditebing sungai bagi mengelakkan karam disebabkan gelombang besar yang dihasilkan oleh kapal2 besar tersebut.

Tapi bagi budak2, bila kapal2 besar lalu,macam pesta plak sbb ada yg berani terjun ke dalam sungai bermain gelombang, termasuk la aku..hahaha



Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-7-2019 05:04 PM
Itulah yg jd spekuan penduduk setempat selepas kejadian tu.
Ada juga yg mengatakan buaya tu adala ...

200tan?btl ke..mcm x caya
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-7-2019 05:09 PM
Sungai yg menjadi saksi pakcik tu dimakan buaya dahulunya merupakan sistem pengangkutan yg digunak ...

Surfing ke dis..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2019 05:17 PM | Show all posts
moonbug replied at 3-7-2019 06:03 PM
So buaya hitam tu tak dapat tangkap sampai sekarang?

So far...BELUM.
Pakcik ni kes yg kedua.

kes pertama, suami sepupu aku sedang menggosok gigi di jeti dan mandi tengah hari.
Kaki dia terjuntai ke bawah.
Tiba2 kaki disambar buaya.
Dia bernasib baik sebab taring gigi bawah buaya tu tersangkut dipapan jeti.
Tapi taring gigi atas terkena peha menyebabkan kecederaan urat kaki.
Dia tempang sampai sekarang.
Dia terlepas sebab dia berjaya mencucuk mata buaya dengan berus gigi.
Bila buaya tu melepaskan kaki dia, dia cepat2 bangun dan naik ke darat.
Bak kata dia, masa dia lari tu, kaki tak berasa sakit sebab lebih dikuasai oleh ketakutan dan terkejut.

Dan kebetulan, ada penduduk kampung lain yang tengah mandi bersama dia masa kejadian tu.
Lama juga penduduk kampung tak turun mandi ke sungai.
Dorg menadah air hujan dan buat perigi utk kegunaan harian.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 05:18 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 3-7-2019 06:03 PM
Kat sarawak org kate buaye2 sbsr kereta myvi..

aah...banyak kes dorg jumpa buaya mmg besar..
klu dengar cerita dari pemancing2, mmg gerun nak lalu kat tebing sungai..huhuuh


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 05:19 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 3-7-2019 06:14 PM
200tan?btl ke..mcm x caya

tak tau la wartawan kosmo tu saje tambah 5 rencah 5 rasa dalam berita dia.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 05:23 PM | Show all posts

zaman 1980-an mana kenal surfing...ahahaha..
kami mmg jadi juara sungai.
sungai tu lebar besar sikit dari padang bola.
bayangkan la kapal besar boleh lalu.
Ala2 mcm ni la rupa kapal balak yg lalu lalang kat sungai tu.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081342 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list