" ercayalah, takkan kekal lama kebahagiaan atas air mata wanita lain."
Itu kata-kata daripada warganet kepada bekas madu Izreen Azminda pada post terbarunya di Instagram.
Apabila Izreen menguar-uarkan kehadiran cahaya mata sulongnya bersama Ude, ramai peminat mahu menyaksikan reaksi Intan Salleh.
Memaparkan gambar bersama kedua anaknya, Intan menjelaskan yang dia tidak mampu mengubah masa lepas tetapi akan mencuba yang terbaik demi kebahagiaan anak-anaknya.
Biasa menggunakan tanda pagar #thethreeloveeachother, kali ini Intan menambah perkataan baru iaitu #mengikhlaskanrasa. Semuanya ini dipercayai bagi memberi semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.
Manakala di ruangan komen pula, ramai peminatnya memberikan kata semangat agar ibu muda ini tidak lagi menoleh ke belakang. Biarlah kebahagiaan Ude dan Izreen itu kerana ada rezeki yang lebih besar buat Intan dan anak-anak.
Nampaknya masing-masing sudah mempunyai haluan tersendiri, tapi biasalah perasaan itu sesekali menyentuh rasa. Moga Intan terus kuat dan menemui kebahagiaan yang sebenarnya.-CARI |