Dalam dunia ni rasanya, orang yang tak ada bakat tapi boleh kaya sekayanya hanyalah Kim Kardashian. Dianggap bintang realiti TV pertama dunia, Kim memang terkenal dengan imej liar yang boleh buat mata orang naik juling.
Selasa lepas, menurut laporan BBC, dia memperkenalkan jenama pakaian dalamnya sendiri khas untuk "meraikan dan memperhebat bentuk dan lekuk tubuh wanita".
KIM KARDASHIAN. FOTO: INSTAGRAM
Jenama pakaian dalam itu diberi nama "Kimono", yang memang dikenali ramai merujuk kepada pakaian tradisi Jepun.
Kimono Jepun adalah pakaian tradisi yang longar dan sopan, sedangkan "Kimono" Kim Kardashian punyalah melekat kat tubuh dan mencolok mata.
PAKAIAN TRADISI JEPUN KIMONO YANG LONGGAR DAN SOPAN. FOTO: KLOOK
Maka, marahlah orang Jepun yang merasakan Kim Kardashian tak hormat pakaian tradisi mereka.
"Ia pakaian untuk majlis dan diwariskan kepada generasi seterusnya. Pakaian dalam ini langsung tak seperti kimono- dia hanya pilih nama itu kerana ada Kim didalamnya- tak hormat langsung kepada maksud pakaian itu dalam budaya kami," kata seorang wanita Jepun kepada BBC.
Di Twitter pula, wanita Jepun menggunakan #KimOhNo untuk membantah tindakan Kim Kardashian itu.
Bukan setakat tu sahaja, menurut Business Insider, Kim Kardashian juga memfailkan paten untuk perkataan "Kimono" di Amerika Syarikat, mananya tak mengamuk orang Jepun kan?
Agak-agaknya kalau Kim Kardashian bagi nama "Baju Kurung" atau "Kebaya" pada jenama pakaian dalamnya kemudian fail paten untuk perkataan tu, kita mengamuk tak? - CARI |