Edited by trunks at 3-7-2019 10:21 AM
Aplikasi sistem kiriman ringkas, WhatsApp antara pilihan ramai pada hari ini. Penggunaannya ringkas, asal ada internet sudah boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan. Pada 2017, WhatsApp memperkenalkan ciri ‘status’ yang membolehkan penggunanya memuat naik gambar, video dan catatan yang akan berkekalan dalam tempoh 24 jam. Fungsinya sama sahaja dengan Facebook Story dan Insta Stories.
Menerusi laporan The Verge, WhatsApp kini sedang dalam tempoh percubaan ciri terbaharu yang membolehkan pengguna update status di WhatsApp dan akan terus dikongsi ke Facebook Story dan Instastory. Biarpun begitu, ciri terbaru dari WhatsApp itu tidak akan menghubungkan akaun pengguna dengan semua media sosial lain secara automatik walaupun ada pautan terus. Ini bermakna kesemua platform media sosial ini tidak akan mengabungkan data yang ada. Jadi anda tidak perlu risau jika nombor telefon anda ‘bocor’ di platform media sosial itu.
Pendek kata pengenalan ciri terbaru ini hanya sebagai memaksimumkan perkongsian data iOS dan Android APIs yang digunakan oleh semua aplikasi lain. Selain itu WhatsApp turut mahu pengguna yang membuat keputusan sama ada berkongsi status di platform sosial media lain atau pun tidak. Setakat ini WhatsApp mempunyai 500 juta pengguna setiap hari dan dilaporkan bakal menjadi antara platform aplikasi pesanan ringkas yang pertama mempunyai iklan tahun depan.
|