Kredit foto:
Biasanya perempuan cantik dicemburui oleh ramai wanita kerana ketrampilannya yang mengagumkan. Berbeza dengan lelaki yang tidak ambil kisah dengan persaingan lelaki lain. Namun, status ini agak melucukan apabila ada lelaki yang berasa kurang yakin diri disebabkan tidak kacak.
Lebih menarik kerana Randi Rahman yang masih solo ini, mengibaratkan separuh dari kekacakan Nabi Yusuf yang sepatutnya menjadi milik seluruh umat manusia tiba-tiba 'terlebih' pada lelaki tersebut. Rasa tidak adil sebab orang sepertinya tidak dapat kelebihan tersebut. Tweet ini mendapat banyak sokongan daripada lelaki-lelaki lain.
Kredit foto: Twitter
Bagi Randi, dengan pakej lengkap dimiliki oleh lelaki tersebut seperti muka kacak, kulit putih dan bersih, tinggi serta kurus membuatkan dirinya terasa rendah diri. Oleh sebab itu dia turut mahu membeli baju belang-belang supaya sekurang-kurangnya boleh nampak segak seperti teman lelaki Ayra ini.
Kredit foto: Twitter
Dalam nada lawak, warganet turut menyambung 'rintihan' tersebut dengan menyatakan, padanlah mereka tidak dipandang kerana hampir separuh dari kekacakan di dunia ini terpaksa berbahagi dengan pemuda tersebut. Lebih malang ada yang berkata mereka tidak dapat langsung aura hensem hingga sampai sekarang mereka masih membujang.
Sementara itu, bagi wanita, mereka memberi komen bahawa tidak kisahkan penampilan lelaki yang menjadi teman mereka kerana apa yang penting adalah hati. Apatah lagi lelaki kacak biasanya tidak pandai membuat lawak sepertimana lelaki berpenampilan biasa-biasa ini.
Manakala ada juga yang menyatakan bahawa ia bergantung pada genetik individu. Jadi, adalah tidak adil membandingkan rupa semata-mata. Selain itu, setiap individu juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, janganlah berasa rendah diri hanya kerana dilahirkan dalam keluarga yang tidak mempunyai darah kacukan yang sememangnya diketahui cantik dan kacak ini.
Kredit foto: Twitter
Sememangnya cantik dan kacak adalah pandangan dan citarasa individu itu sendiri. Jika kita merasa mereka mempunyai kelebihan tersebut, akan ada orang yang nampak sebaliknya kerana cantik itu sendiri adalah perkara subjektif. Muka putih dan jambu mungkin kacak bagi sesetengah individu namun ada juga yang menganggap ianya terlalu feminin sebaliknya lebih menyukai penampilan lebih maskulin seperti berjambang dan sebagainya. Jadi, kalau anda masih bujang, rasa yakin atau rendah diri tak bila melihat pasangan ini? - CARI
|