CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 72355|Reply: 285

“Dah tak larat nasihatkan dia” - Kazar rungsing Ira dituduh 'main cinta' dengan

  [Copy link]
Post time 22-6-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ANAK kepada pelakon Kazar Saisi, Ira sekali lagi mengundang kontroversi dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami orang.

Dakwaan itu mula berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi terutama mengenai perihal rumah tangga pengarah terbabit.

Mengakui tidak tahu-menahu mengenai dakwaan itu, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 60, berkata dia selalunya menjadi individu terakhir yang akan mengetahui mengenai apa-apa gosip atau kontroversi mengaitkan anaknya itu.

"Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku.

"Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira. Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita.

"Malah kami jarang berjumpa sebab dia selalu duduk di dalam bilik sahaja," katanya.



Nama Ira Kazar dikaitkan dengan tuduhan curang dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami kepada seorang pelakon.

Selain itu, Kazar turut mempersoalkan tuduhan curang yang dikaitkan dengan anaknya itu.

Kazar berkata, tuduhan curang tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan sungguhpun pengarah berkenaan selesa berkawan dengan anaknya.

"Cuba beritahu saya dia curang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat... mana ada istilah curang?

"Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap curang.

"Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah..." katanya lagi.

Dalam pada itu, Kazar juga memberitahu dia enggan mencampuri urusan Ira kerana menganggap anaknya sudah cukup dewasa untuk membezakan perkara baik dan buruk.

"Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun... sudah bukan dalam tanggungan. Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam... sampai dah tak larat nak layan gosip-gosip tentang dia.

"Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa bercinta semuanya manis. Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fitnah," katanya.

Sebelum ini, nama Ira menjadi sebutan netizen apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang menghairahkan.

Malah gadis ini juga pernah menjadi buah mulut netizen apabila gambar dia mencium pipi seorang jejaka tular di media sosial.

Tindakan gadis berusia 24 tahun ini membuatkan nama bapanya turut terpalit dengan isu berkenaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2019 10:11 AM | Show all posts
pengarah mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapakah? Boleh tahan daring gak anak nya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam bodoh je jawapan kazar ni. Anak dalam bilik so takda masa bercerita lah, pastu takda istilah curang sebab lelaki boleh kawin empat lah. Kalau isteri orang tu taktau suami dia ada orang lain kira curang lah tu bongok!

Memang sah lah didikan kau tu hancurrr bod*h!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dh byk kali tego anak dia tp still anak xmasuk ajar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jd ank kazar ni mcm culture shock ke
Ayah famous ank boleh wat sesuka hati?
Mmg nmpk betul spilt brat ank kazar ni
Pengarah terkenal sapa?
Samsul usop?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian bang kazar. Jawapan pun mcm bengong je. Mcm dah abis ikhtiar dah nak handle kebirahan perangai anak
Ko tangkap bagi menikah je bang, senang
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pengarah filem terkenal, suami kepada pelakon? sapo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nthla.. kat blkg mgkn dh bnyk bnda dia buat tp biasa bdk2 dh umur mcmni bru nk tego..hurmm xmkn la
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:33 AM | Show all posts

cantik anak dia -- muka dan gaya seksi -- mmg lelaki mudah tergida ngan orang macam ni.

syamsul yusop kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 22-6-2019 10:33 AM
cantik anak dia -- muka dan gaya seksi -- mmg lelaki mudah tergida ngan orang macam ni.

syamsul ...

Z lokman kut
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ira ni retis ke? Balik2 denga citer perangai bangang dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:39 AM | Show all posts



euuwwww  --- zlokman  ---- tua kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
selera jugak dia dgn z lokman tu ya...... dah taraf atok2
filem2 pun sampah sarap lagi hauk dari prof mamak mohidin
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik, kau adalah wali anak kau. Dia buat hal, kau mmg akan terpalit tahi sekali. Umur berapa pun, selagi namanya anak, kau sebagai bapak kena kawal anak kau. Lainlah kalau dia memang pandai jaga diri. Ini terang terang anak kau memang takde harga diri. Kau kena kawal dia, bimbing dia jadi perempuan yang berharga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 22-6-2019 02:30 AM
Sian bang kazar. Jawapan pun mcm bengong je. Mcm dah abis ikhtiar dah nak handle kebirahan perangai  ...

Kan cam bengong je jawapan..padahal anak baru 21 kot dah tak larat nak tegur..lain la dah 41..masuk akal jugak laa..adoi..nak back up anak tak agak..tapi jawapan nak play safe takut dia kena hencap lettew..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 22-6-2019 10:39 AM
euuwwww  --- zlokman  ---- tua kan?

Tua pn takpe jnji tersohor..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan laki nyawa sis ke ni? Jgn cari pasal dek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape pengarah tu? Solsol? Ajemi hat? Hykarl?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 11:29 AM | Show all posts
Dilema seorang ayah yg  harus hadapi karenah anak pompuan yg tak dengar nasihat, ayah harus tanggung  malu dn tebal telinga dgn cemuhan orang ramai terhadap anak gadisnya. Anak pompuan, seumur berapa pun selagi tak kawen  tetap jadi tanggungjawab seorang ayah.   Kasian Kaza...sedangkan anak pompuan dia tak peduli dn tak beringat2 untuk jaga nama baik ayahnya.

Anak pompuan yg sudah cukup umur, sudah ada keinginan berkawen, kawenkan aje le.  Slow talklah dgn anak dn juga si lelakinya.  Betul ke anak pompuan dia mahukan laki orang?  Betul ke suami orang tu nakkan anak dia.  Betul ke suami orang itu boleh kendalikan hati isteri2nya nanti.  Betul ke si suami nanti boleh menjadi imam dn memayungi dua bumbung rumahtangga. Minta tunjuk sebab kenapa si suami harus dn sanggup berpoligami?  Cakap habis2, mesyuarat dn sepakat supaya tak timbul penyesalan di belakang hari.  Barangkali itulah jurus terakhir yg Kaza boleh buat demi  menjaga marwah dia dn anaknya.  Setelah itu serah kpd takdir yg menentukan.  Mudah2an ada jalan keluarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-10-2022 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.088440 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list