View: 2181|Reply: 11
|
Leka Main Futsal Sampai Lewat Petang, Budak Tipu Ibu Dakwa Diculik
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak menipu ibunya yang dia kononnya diculik sekumpulan lelaki kerana takut dimarahi selepas lewat pulang daripada bermain futsal di Kampung Jambu Bongkok, Marang pada Selasa.
Memetik Astro AWANI, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mendakwa dia diculik sekumpulan lelaki menaiki van berwarna putih ketika dalam perjalanan pulang kira-kira jam 7 malam.
Gambar Hiasan
Dakwanya, dia dihampiri sebuah van dengan nombor pendaftaran MBJ 4757 sebelum seseorang menariknya dari belakang.
Namun, dia berjaya melawan dan melepaskan diri sebelum berlari ke belakang sebuah rumah tidak berpenghuni.
Sejurus tiba di rumah, kanak-kanak itu menceritakan kejadian kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Merchang.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allauden Abdul Majid mengesahkan tiada insiden penculikan sebagaimana didakwa kanak-kanak itu dan siasatan mendapati laporan dibuat tidak benar.
“Di Terengganu ni, alhamdulillah tiada aktiviti penculikan sama ada kanak-kanak ataupun remaja.
“Yang melibatkan elemen jenayah tiada setakat ini, cuma kita seru ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak di mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan,” katanya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebuah van dengan nombor pendaftaran MBJ 4757
no kereta sape ni weh jd mangsa hahaha
“Di Terengganu ni, alhamdulillah tiada aktiviti penculikan sama ada kanak-kanak ataupun remaja.
mungkin ada tanpa sedar? entahla. |
|
|
|
|
|
|
|
hamboi ko dekk. entah mane2 punya nombor plat kenderaan jiran ko gi hambat tak pepasal dah kena target satu malaya bila ada van putih bernombor plat MBJ 4757 lalu lalang di jalanan |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap budak2 zaman sekarang jangan cepat percaya sangat ramai yang dah pandai menipu atas alasan takut kena marah |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 membohong, dah besar nnt mencuri la ye |
|
|
|
|
|
|
|
siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi dik... Kuat nau pengaruh drama kau ni |
|
|
|
|
|
|
|
bdk2 skrg ni sng jer kan nak selamatkan diri tipu kene culik
bagai.kang jadi btl2 tak jumpa mak bapa ko dik.menyesal tak suda. |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 dah pandai menipu orang tua.. |
|
|
|
|
|
|
|
12 tahun dah pandai menipu?
Emak ayahnya garang sangat ke sampai terfikir nak menipu camtu?
Lepas mak ayah malu sekampung.. masuk paper dah se Malaya tahu.. lagi terus kau kena dik |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh, jangan biar la dik perangai gini. Dah besar makin menjadi2 |
|
|
|
|
|
|
|
Drama sangat ... harap2 mak pak...polis sekolahkan budak ni cukup2 n insap la dik oii |
|
|
|
|
|
|
| |
|