Penyelia sebuah pusat jagaan warga emas didakwa mendera dan mengabaikan penghuninya sejak tiga tahun lepas.
Bukan itu sahaja, penghuninya juga diperolokkan dan dipersendakan dengan cara yang melampau.
Viral di media sosial, satu video yang dimuat naik menyaksikan seorang wanita yang didakwa penyelia itu mempersenda mangsa.
Dia mencubit payudara wanita tua itu beberapa kali sambil melompat terkinja-kinja.
Mangsa dilihat cuba menghalang dan memukul tangan wanita terbabit.
Difahamkan rakan mangsa yang terlantar di katil cuba menghalang namun tidak berdaya.
Status yang dimuat naik oleh seorang pengguna juga mendedahkan penghuni pusat jagaan warga emas di Seremban itu turut didera termasuk dipaksa minum air kencing dan makan cili.
Di media sosial, netizen menyelar tindakan wanita tersebut yang dikenali sebagai Ina kerana bertindak keterlaluan. -CARI |