CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4072|Reply: 11

Sebelum Kena Game, Ini Cara Semak Scammer Secara Online

[Copy link]
Post time 14-6-2019 12:27 PM | Show all posts |Read mode



Kes penipuan dalam talian semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Penipu atau 'scammer' ini makin bertindak berani malah menggunakan platform terkenal seperti Shopee atau Lazada untuk menjalankan modus operandinya. Ramai pelanggan tertipu samada menerima barang yang salah ataupun selepas mengirim wang secara atas talian dengan jumlah tertentu kepada penjual, penjual terus 'berdiam' diri dan barang pelanggan terus tidak diterima.
  


  Sebelum ini, netizen telah berkongsi cara-cara menangani masalah ini sekiranya ditipu secara dalam talian. Ada yang berkongsi cara untuk membuat laporan polis sekiranya ditipu secara online dan ada juga netizen yang berkongsi di mana kita boleh semak senarai nama/akaun scammer ini tapi kebanyakan perkongsian tersebut dibuat melalui laman sosial facebook menerusi penulisan/ perkongsian orang perseorangan.

  


  Kini, untuk memudahkan orang ramai, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah membangunkan satu laman web untuk menyemak nombor telefon atau nombor akaun bank sebelum berurusan sama ada nombor tersebut telah mempunyai rekod dengan pihak polis atau tidak.

http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/# adalah platform untuk membantu orang ramai mengurangkan kes penipuan pembelian secara atas talian.









E-dagang adalah satu trend perniagaan yang baik dan tidak boleh disekat tetapi ia tetap mempunyai implikasi tertentu kerana peniaga dalam talian tidak terikat dengan etika perniagaan yang sihat.  


Semoga aplikasi ini dapat melumpuhkan dan seterusnya menamatkan 'pekerjaan' penipu secara atas talian ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2019 03:04 PM | Show all posts
Jangan berharap sangat dengan portal polis tu.
Sebelum puasa aku buat report polis kena scam di carousell.
Sampai sekarang tiada maklum balas dan dalam database polis tu pon xde akaun bank scammer.
KPDNKK pon tak boleh harap.
sebab tu makin berleluasa scammer2 online ni.

Google lagi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 03:13 PM | Show all posts
nak tanya...
bimono ke haper ntah nama yg selalu kuar iklan kat fb..
labur RM20 jadi beratus...RM50 jd beribu..
tu scammer juga kan?
ke MLM?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la pihak polis perkenalkan website, sebab dah bnyak sangat kes penipuan internet ini.Harap dapat la membantu mangsa yang teraniaya tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 02:46 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 14-6-2019 03:13 PM
nak tanya...
bimono ke haper ntah nama yg selalu kuar iklan kat fb..
labur RM20 jadi beratus...RM5 ...

selalunya kalau dah dijanjikan sekian-sekian jumlah wang pada tempoh tertentu ni scammer. Semak dulu sebelum join. Takut gigit jari nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 02:47 PM | Show all posts
Sandal replied at 14-6-2019 03:04 PM
Jangan berharap sangat dengan portal polis tu.
Sebelum puasa aku buat report polis kena scam di car ...

Mungkin akaun tu baru buat 'kerja'. Lepas awak dah report ni mesti dah listed. Awak tak check balik dengan polis status report awak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2019 04:23 PM | Show all posts
Informasi yang berguna juga untuk buat rujukan di kemudian hati. Cuma kadang-kadang bila dah excited tu, lupa nak beringat-ingat dan checking up segala mala ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 04:31 PM | Show all posts
pengalaman kena scam ni iolls ada sekali je

sebelum ni nak beli barang walau sepoloh hengget pon gigih iolss google no akaun, nama segala bagai tengok history seller

tapi time kena tu laju je iolls transfer 300 tanpa usul periksa, terdetik nak google lepas transaction complete

nahhhh list orang kene scam ngan dia bersusun uolls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2019 04:33 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 17-6-2019 04:31 PM
pengalaman kena scam ni iolls ada sekali je

sebelum ni nak beli barang walau sepoloh hengget pon  ...

moga Allah gantikan apa yang awak kena tipu tu dengan perkara lain yang lebih baik... amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 04:35 PM | Show all posts
natrahn replied at 17-6-2019 08:33 AM
moga Allah gantikan apa yang awak kena tipu tu dengan perkara lain yang lebih baik... amin

Insyallah sis, kene pon lame 4-5 tahun dulu dah


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
natrahn replied at 17-6-2019 03:46 PM
selalunya kalau dah dijanjikan sekian-sekian jumlah wang pada tempoh tertentu ni scammer. Semak du ...

Thanks babe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sandal: Jangan berharap sangat dengan portal polis tu.Sebelum puasa aku buat report polis kena scam di carousell.Sampai sekarang tiada maklum balas dan dalam  ...

carousell nie bahaya gak la.. hrtu terkena,brg dekat 3 bulan tak dpt..dia dh bg refund amount hrga barang..tp dia tak nk bg full utk hrga postage.. dia bg punya banyak alasn tak nk bg duit postage(RM30)brg xdpt utk apa amik duit postage aku,bengong betul..seller kurang ajar gilos..aku geram,buat report kat hq carousell.. hq carousell tu contact sndri dgn seller tu.. hrtu jugak dia pulangkan balance RM30 tu..dengan orang biadap camtu,mmg ak hadap RM30.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.146608 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list