CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2828|Reply: 5

Lelaki Pasang Pagar Keliling Mercedes Kerana Diletak Tanpa Kebenaran

[Copy link]
Post time 13-6-2019 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: Q13 Fox



Apakah perasaan anda apabila mendapati kereta milik orang lain diletakkan sesuka hati tanpa kebenaran di dalam kawasan rumah anda?


Sudah tentu ramai yang bengang lebih-lebih lagi apabila kereta yang 'menceroboh' itu menghalang laluan kenderaan kita untuk keluar masuk.


Seorang lelaki di Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan drastik apabila berdepan situasi sedemikian.




Notis yang diletakkan oleh Dan Smith. Kredit foto: Q13 Fox



Memetik laporan Q13 Fox baru-baru ini, Dan Smith tidak tahu siapakah yang meletakkan kereta jenis Mercedes milik syarikat perkongsian kenderaan, car2go di pekarangan rumahnya pada 17 Mei lalu.


Apa yang pasti, kereta tersebut tidak dipandu salah seorang penyewa di rumah dupleks miliknya.




Dan Smith. Kredit foto: Q13 Fox



Jadi, dia mendirikan pagar di sekeliling kereta berkenaan serta menuntut car2go membayar yuran penyimpanan sebanyak ASD65 (RM271) sehari, kos pemasangan pagar ASD300 (RM1,250) dan yuran 'mengganggu' sehingga ASD500 (RM2,080).

"Saya sangat bimbang tentang liabiliti. Saya tidak mahu mereka mengundang orang lain masuk ke kawasan hartanah ini.

"Bagaimana jika kereta yang dipandu merempuh rumah? Bagaimana kalau ada orang yang cedera?" katanya.








Sebelum pagar dipasang, Smith telah menghubungi pihak polis dan syarikat trak penunda, namun tiada pihak tampil untuk mengalihkan kereta itu.


Di Malaysia pun ada pemilik rumah yang menghadapi masalah serupa ekoran sikap pemandu mementingkan diri dan meletakkan kenderaan tanpa kebenaran di hadapan rumah orang lebih-lebih lagi ketika musim rumah terbuka dan kenduri kahwin. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebut pasal kereta, tadi perasan kereta aku calar. Nasib baik sikit. Bila nak alihkan kereta tu, kalau dah tau sempit, berhati2 la.. Nak kena polish sikit
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 11:23 AM | Show all posts
biar kan kena pagar. suka2 park kereta dpn rumah org
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 03:45 PM | Show all posts
helokkkk.... sape suruh parking suka hati kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sini pun kalau ada kenduri ke, rumah terbuka ke, tak bole la parking jauh sikit. Depan pagar orang (depan pagar hokey) dia letak kereta. Bila nak keluar, suruh alihkan kereta, mcm suruh dia minum racun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut pun buat camtu. Selamba je park kat rumah orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.154861 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list