Perpustakaan Universiti of Canberra kini menguatkuasakan larangan membawa masuk durian.
Kredit foto: Facebook
Perpustakaan University of Canberra, Australia terpaksa dikosongkan baru-baru ini, berikutan bau yang dikatakan berpunca daripada 'gas berbahaya', lapor The Guardian.
Arahan pengosongan itu dikeluarkan bomba bagi mengurangkan risiko kepada pelajar dan membolehkan mereka mengesan punca bau tersebut.
Anggota Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) akhirnya menarik nafas lega apabila mendapati bau itu berpunca daripada durian yang dibuang ke dalam tong sampah di perpustakaan berkenaan.
Selepas insiden itu, pengendali laman Facebook Perpustakaan University of Canberra menulis; "erpustakaan sudah dibuka! Bau seperti gas di dalam bangunan ini sebenarnya tidak berbahaya - seseorang telah membuang buah durian di dalam salah satu tong sampah di sini!"
Kredit foto: Facebook
Perpustakaan tersebut juga telah memuat naik gambar papan tanda yang melarang perbuatan membawa masuk durian ke dalam bangunan itu pada profil Facebook miliknya.
Insiden itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang sebahagiannya merupakan pelajar University of Canberra.
Kredit foto: Facebook
Agak-agaknya, siapakah yang membuang durian itu dan apakah motifnya? - CARI |