CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
 Author| Post time 8-11-2020 11:11 PM | Show all posts
Sambungan Sahabat Lama

Am: Aku ada benda nak cerita dekat kau ni.
Aku: Adoiii…kau nak cerita hantu malam2 ni ke? Udah lah kita ni kat luor. Kalau jadi apa2 karang jenuh ler aku nak berhambat ke warung Pak Itam nun.
Am: Relaks….ni kan bulan pose? Setan semua kena ikat.
Aku: Aku tengok kau macam terlepas je? Haha
Am: Woiii…kemain nampak?

Kisah ni terjadi sewaktu aku belajar di utara tanah air, tapi Am ni belajar dekat UiTM Penang. Setan2 mamat ni pun kepala otak dia dahsyat juga. Entah bila dia belajar pun aku tak tahu. Tapi Am ni cukup tak suka dengan Penang ni…sebabnya dia ni ada campur keturunan Malabari yang datang berdagang ke Tanah Melayu dulu.

Masa tu moyang dia tak nak kahwin dengan sebangsa dengan dia atau pun bangsa yang dibawa ke Tanah Melayu oleh British masa tu. Pokok pangkalnya tak nak kahwin sama warna kulit dengan dia lah. Jadi, dia kahwin dengan orang Melayu.

Setelah turun termurun berlalu, maka lahirlah Am yang agak gelap rupanya. Jadi bila kitorang jalan2 kat Pulau Pinang zaman study tu, kami singgah berehat kat kedai mamak. Pekerja situ terus je cakap tamil (kot?) dengan si Am tu. Merah padam juga lah muka dia di samping digelakkan oleh aku, Ramli dan Epoi sampai terduduk2 sakit perutnya gelak masa tu.

Sungguh tak malu budak Ramli tu ye kawan2…aku dengan Epoi tak apa lah gelakkan Am sebab kawan kampung.


Kisah Am Bahagian 1

Oleh sebab Am ni tak nak terkongkong dengan undang2 hostel, makanya dia pun sewa luar dengan budak2 satu kos dengannya. Salah sorang darinya ialah Fendi. Ye, kawan2…tak ada Fendi yang lain dalam cerita aku ni.

Masa tu aku pun tak kenal lagi dengan Fendi ni, tapi Am pernah beberapa kali cakap dia stress dengan sorang housemate dia. Aku pun tak tahu Fendi dulunya study kat Penang. Yang aku tahu nampak je muka mamat tu, nampak lah penampakan makhluk2 karut.

Kisahnya bermula pada satu malam yang tenang, seperti tak ada apa2 benda buruk yang boleh terjadi kat budak2 student dalam rumah tu. Semuanya tengah buat hal masing2, ada yang tengah hisap rokok macam naga, ada yang tengah main gitar dan ada juga yang tersengih2 keluar dari bilik air sambil pegang gambar aweknya.

Tiba2 je pintu rumah mereka diketuk, tapi tiada pula salam yang diberi. Jadinya tak ada siapalah yang mempedulikan ketukan itu. Sangkaan mereka mungkin budak main ketuk2 pintu lepas tu lari seperti kebiasaannya.

Tapi kali ni pintu tersebut disambung lagi ketukannya, maka Fendi pun bangun dan membuka pintu tersebut. Niatnya mungkin nak marah budak yang prank ketuk2 pintu pukul 11 malam tersebut (budak mana lah yang tak tidur lagi time ni oiiii…budak2 90an tidur awal).

Am pula ketika itu sedang masak megi kari di dapur, hanya mendengar bunyi pintu rumah dibuka dan beberapa dialog yang tak dapat didengarinya dengan jelas. Tak berapa lama kemudian, Fendi memasuki ruang dapur dan menuju ke arah peti sejuk mini.

Am: Hah…aku ingat kau nak keluar tadi.
Fendi: Oh…takdelah. Aku bukak pintu sebab ada jiran ketuk pintu.
Am: Apa dia nak malam2 ni? Dengar macam suara perempuan je?
Fendi: Dia mintak susu nak bagi kat anak dia. Kesian pulak aku tengok…aku bagi susu kotak ni ye?
Am: Haaa…boleh la. Aku ingatkan nak makan dengan koko crunch esok tapi kau bagi je la dulu.
Fendi: Aku nak kena panaskan dulu ke?
Am: Ha’ah…takat panas suhu badan tu cukup la.

Am ni macam aku lah awal2nya dulu, tak biasa dengan kejadian2 penampakan ni. Jadi memang dia tak ada syak apa2 pun kat budak Fendi ni. Sedang dia membawa mangkuk megi ke meja makan sambil meniup2 kuahnya yang panas, Am ternampak seorang perempuan memakai selendang putih sedang duduk di ruang tamu sambil memangku bayinya.

Masa tu yang terlintas di fikirannya hanyalah, “adoi budak Fendi ni selamba je bagi pompuan ni masuk…kalau kena serbu dengan orang pejabat agama nanti, tak pasal2 je kena buang IPT”.

Tiba2 saja Fendi berjalan di tepinya sambil memegang cawan berisi susu dengan kedua2 belah tangannya. Aku pun tak tahu kenapa dia letak dalam cawan…nak dicurahkan ke apa.

“Woi, Fendi…selamba je kau bagi pompuan masuk rumah kita. Nanti tak pasal2 kena tangkap basah”, Am menyuarakan kebimbangannya kepada Fendi.

Seandainya dia mengetahui kenyataan sebenar tentang perempuan tu, rasanya kerisauan dia kena tangkap basah tu hanyalah sesuatu yang remeh.

“Rileks lah Am…kita tengah buat satu benda yang baik ni. Ni kan salah satu dari fardhu kifayah? (hotak hang). Lagipun, dia tu OKU…kau kena bertimbang rasa sikit”, Fendi cuba memujuk Am.

Am hanya terdiam apabila mendengar hujah dari Fendi itu. Fendi ni kalau sembang, berhujah…bukan setakat babi je yang boleh terbang, orang yang dah mati dari zaman Firaun pun boleh hidup balik.

Oleh kerana itu, Am tidak mempedulikan apa yang dibuat Fendi. Dia terus menyuap makan mee meginya. Pada hematnya ketika itu, kalau pejabat agama serbu…dia ada alibi tengah makan megi.

Dalam dia menghirup mee megi sambil diselangi dengan berhenti untuk mengambil nafas, Am teringat akan Makcik Joyah dan Makcik Bedah yang mengayam ketupat di ampaian sewaktu dia sedang berjalan pulang dari kelas.

Joyah: Ang tau tak…rumah Senah malam semalam kena ganggu bak aaang…!
Bedah: Aih…yeka? Kena ganggu dengan apa? Bila? Kat mana?
Joyah: Ni la aku nak habaq mai ceghita ni…tengah Senah dengan laki dia tengah baek punya syok layan ceghita Hindustan kat TV3.
Bedah: Ooohhh…yang Shah Rukh Khan tu? Helok…helok…
Joyah: Hah…yang hat tu la…tengah sedap depa layan ceghita tu sambil feeling2 cintan cintun macam zaman muda2 dulu…tiba2 tuk tuk tuk (dengan gerak tangan sambil tunjuk gelang)…bunyi orang ketuk pintu.
Bedah: Tu dia…siapa pulak yang ketuk? (sambil pegang rantai leher)
Joyah: Kalau aku la kan, dah tengah malam tak dak aih aku nak melayan orang ketuk pintu malam2. Tapi Senah pi jugak buka pintu…tiba2 nah…sorang pompuan tengah dok pangku baby kat tangan (siap dengan gaya sambil selinsing lengan baju).
Bedah: Eh…eh…lepas tu? Lepas tu?
Joyah: Dah tu pompuan tu habaq la nak mintak susu nak bagi kat baby dia. Ang tau saja la…Senah tu kan dah lama monopos, tang lagu mana lagi nak datang susu aku pun tak tau.
Bedah: Aku dengaq kalau pompuan datang tengah malam mintak susu, tu nama dia hantu susu.

Tiba2 perbualan mereka terhenti seketika, Makcik Bedah bertanya kepada Am, “ang kenapa? Nak join ngumpat ka?”.

Am hanya menggeleng2kan kepalanya sambil tangannya juga membuat isyarat tak nak tak nak.

Kembali kepada Am yang sedang makan megi tadi,

“Aiseymen…”, kata Am di dalam hati.


Bersambung…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2020 01:48 PM | Show all posts
Sungguh saspen....mesti yg si fendi tu bgtahu ppuan tu OKU sb takde kaki ...huhuhuhuuuu
Kesian am
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar gak circle of friends Fendi ni ye. Mintak la dijauhkan jumpa org mcm Fendi tu. Magnet pada perkara angker, mistik ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2020 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Maxx replied at 9-11-2020 08:01 PM
Besar gak circle of friends Fendi ni ye. Mintak la dijauhkan jumpa org mcm Fendi tu. Magnet pada per ...

more to circle of victim
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2020 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
uish....mujur aku tergerak hati nak masuk balik thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2020 11:51 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 8-6-2021 10:16 AM

Kisah Am Bahagian 2

Ketakutan mula timbul di dalam diri Am, pelbagai persoalan bermain di mindanya. Akan tetapi, Am tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi seperti ini.

“Takkan lah perempuan ni hantu susu macam yang diorang cerita tu kot? Tengok si Fendi ni relaks je? Kalau hantu, mesti lah mamat ni dah lari balik rumah mak pak dia”, begitulah kata hati Am yang masih berhusnuzon di dalam situasi semasa…dia juga tidak tahu akan kelebihan yang ada pada Fendi, iaitu dense ya amat.

Lalu dia berkata lagi di dalam hati, “rasanya baik aku pergi tengok dekat2 sikit, untuk make sure. Kalau hantu, aku blah la”.


Kembali ke waktu Am bercerita

Aku: What the hell, bro? Apa jenis neraka yang kau nak buat?
Am: Aku mana tau…tu kan first time aku berdepan dengan situasi macam tu. Mana ada manual atau SOP untuk benda2 macam ni.
Aku: SOPnya berambus je tinggalkan mamat dense tu.


Am kembali menyambung ceritanya

Am mula berjalan perlahan2 mendekati Fendi dan perempuan tersebut, di dalam hatinya berdebar2 hanya Tuhan saja yang tau. Keadaan rumah yang sunyi membuatkan Am boleh mendengar degupan jantungnya sendiri di dalam situasi yang penuh suspen itu.

Tiba2 saja perempuan itu mengangkat mukanya memandang tepat ke arah am. Pada mata perempuan tersebut, hanya kelihatan putih matanya sahaja. Manakala kulitnya pula merekah dan pada pipi kirinya koyak menampakkan gigi dan lidahnya yang mengandungi darah dan ulat.

Lantas Am terkaku, inilah pertama kali dia bertentangan mata dengan makhluk seperti ini. Di dalam fikirannya pula, dia mula memikirkan apa yang patut dia buat dalam situasi ini.

“Eh, kejap…Fendi cakap dia OKU tadi. Mungkin OKU masalah kulit kot? Itu je kecacatan yang aku nampak”, bisik hatinya yang masih lagi berhusnuzon.

Kreeokkk...

Tiba2 pintu bilik di belakang Am dibuka, salah seorang housemate di rumah tersebut yang bernama Lan, keluar dari biliknya sambil memegang tuala di bahu.

“Astaghfirullah hal azim…”, kata Lan sambil berundur sehinggakan belakang badannya merapati dinding.

Matanya pula terbeliak melihat akan situasi di hadapannya, seorang hantu perempuan sedang duduk di ruang tamu rumah mereka. Manakala Fendi sedang kuci kuci kuci pada batu nisan di pangkuannya. Di hadapannya pula, Am sedang berdiri ibarat kakinya memasang kuda2.

Lan tidak mahu menafsir apa yang cuba dibuat oleh Am. Lalu dia terus membuka langkah untuk melarikan diri menuju ke arah dapur, akan tetapi Am telah menangkap pergelangan tangannya. Maka bermulalah dialog di antara mereka di dalam nada berbisik.

Am: Kau nak pergi mana?
Lan: Lari la bodoh…kau ingat menatang apa kat depan kita sekarang ni.
Am: Kita tinggal rumah flat, takkan kau nak terjun dari beranda?
Lan: Aduuuiiii…mana aku nak lari ni. At least kau bagi la aku pergi mandi wajib dulu. Aku tak rela berdepan dengan situasi macam ni di dalam keadaan berhadas.
Am: Kau sure ke perempuan ni hantu?
Lan: Kau gila apa? Kau tak nampak ke rupa dia tu?
Am: Rupa dia tu bukan sebab dia OKU ke?
Lan: Kepala hotak kau lah!! (sambil cuba menarik2 tangannya). Mana ada orang OKU rupa macam ni? Kaler kulit pun pucat macam mayat.
Am: Ada cara tak untuk kita pastikan dia orang ke hantu?
Lan: Aduuuhhh…kau try la tonggeng tengok. Tengok kaki dia jejak tanah ke tak. Ishhh…lepas la tangan aku.
Am: Boleh tak kau tonggeng tengok?
Lan: Apesal pulak aku? Kenapa kau kena libatkan aku dalam situasi ni?
Am: Aku pakai kain pelikat…macam mana aku nak tonggeng tengok? Kau kan pakai boxer, lagi senang.

Di dalam hati yang masih tak rela, Lan pasrah menonggeng untuk memastikan sama ada perempuan tu benar2 hantu atau tidak.

Am: Kau nampak tak?
Lan: Tak…gelap je...
Am: Memang la tak nampak kau pejam mata. Buka la mata tengok betul2…main2 pulak dia ni.
Lan: Hishh…korang ni menyusahkan aku je lah.
Am: Apa yang kau nampak?
Lan: Aku nampak Fendi tengah pangku batu nisan.
Am: Perempuan tu?
Lan: Eh, takde lah pulak.

Lan kembali berdiri seperti biasa, tiba2 saja muka perempuan tersebut betul2 berada di depan mukanya. Manakala Am pula tidak sedar bahawa perempuan tersebut berada di belakangnya kerana dia masih lagi menghadap ke arah ruang tamu mereka.

“Hairan…aku pun tak nampak perempuan tu…Mana pulak dia pergi?”, tanya Am sendirian.

Tiba2 saja Lan rebah terlentang ke belakang tidak sedarkan diri. Am cuba mengejutkannya sambil melempang2 pipinya tetapi tidak berhasil.

Am mula perasan terdapat sepasang kaki berkulit pucat di sebelahnya. Perlahan2 dia mengangkat kepalanya, kuku tangan perempuan tersebut terjuntai panjang dan terdapat juga kesan jerutan tali pada kedua2 pergelangan tangan dan kaki perempuan tersebut.

Dia terasa bagaikan tidak mampu lagi untuk berdiri. Lalu dia berundur ke belakang perlahan2 cuba untuk melarikan diri menuju ke arah pintu hadapan rumah mereka.

Tiba2 saja pintu rumah mereka diketuk, kelihatan beberapa orang lelaki di hadapan pintu mereka dan salah seorangnya berkata, “kami dari pencegahan maksi…”.

Belum pun habis ayat lelaki tersebut, dengan pantas mereka berpaling melarikan diri. Membuatkan Am menjerit, “woii kenapa korang lari? Tolong la ooiii!!”.

Dari kejauhan kedengaran salah seorang dari mereka berkata, “kami tau tangkap khalwat jaaa…”.

Kekecewaan terpampang jelas pada wajah Am setelah beberapa orang lelaki yang memakai kopiah dan berbaju melayu berlari menyelamatkan diri.

Kepala Am mulai terasa berat, manakala badannya terasa bagaikan tak bermaya, kesedarannya pula mulai hilang perlahan2. Di dalam pandangan matanya yang hampir tertutup itu, dia melihat sepasang kaki memasuki rumahnya.

Manakala telinganya pula mendengar suara lelaki berkata, “apa kau buat kat sini? Ni bukan tempat kau…”.

Am pengsan dan hanya sedar keesokan harinya selepas 2 orang lagi housemate yang baharu saja bangun tidur mengejutkannya. Lalu mereka bertanya kenapa dia, Lan dan Fendi tidur di ruang tamu? Atas lantai pula tu…bantal pun tak ada.

Tetapi Am tak boleh nak recall apa yang dah jadi pada mereka bertiga. Dia cuma terbau hancing yang datangnya dari Lan yang terkencing di dalam seluar.


Kembali kepada sewaktu Am bercerita

Am: Macam tu lah ceritanya…
Aku: Habis tu macam mana kau boleh ingat pulak sekarang?
Am: Bila ada situasi yang lebih kurang sama terjadi tak berapa lama dari tu. Macam ni kisahnya…
Aku: Apa? Tidur time? Oklah, bantal aku dah panggil dah tu…dah tengah malam dah pun. Aku nak balik tidur. Babai…

Dengan pantas aku mematahkan cerita Am yang tidak berfaedah itu di situ dan seterusnya berjalan laju ke warung Pak Itam sambil memegang sejadahku. Am pula hanya terbahak2 saja melihat kelakuanku itu.


Until next time…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2020 09:58 AM | Show all posts
Fuhhh best baca citer jaws ni...ehhh john

Dah abis ke ni tt? Ke ada sambung lagi? Citer masa pkp belum abis kannnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 11-11-2020 09:58 AM
Fuhhh best baca citer jaws ni...ehhh john

Dah abis ke ni tt? Ke ada sambung lagi? Citer masa p ...

insyaAllah sambung weekend nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Best exo
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sia2, aku masuk lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 08:30 AM | Show all posts
Sempoi mempoi bak hang.....kelako la pak lebai pencegah maksiat ingatkan handal nau...pun angkat kaki seribu. Tapi sape yg tegur..'ni bukan tempat kau' tu..Mesti hebat orangnya. Cer citer.
Hebat John ..sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 09:55 PM | Show all posts
akhirnya khatam jgk aku cite exo ni..aku syak exo ni sebaya aku..hehe..aku tgh berkira2 meneka exo ni stdy mane ni, dlu igt uitm penang skli bukan..anyway mmg citer hang mantap, suka giler ngn gaya penulisan hang. klu hang jd scripwriter mmg laku keras cite hang..keep up ngn sharing2 hang bro..mmg penuh ilmu di dada hang ni..respect
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2020 05:34 PM | Show all posts
havovasta replied at 13-11-2020 09:55 PM
akhirnya khatam jgk aku cite exo ni..aku syak exo ni sebaya aku..hehe..aku tgh berkira2 meneka exo n ...

hish...takdela penuh ilmu kat dada ape smua tu...aku ni orang biase je. keje pun keje ofis je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2020 06:05 PM | Show all posts
Kisah Am Bahagian 2

Pada hari seterusnya, ketika aku sedang aman2 saja memancing di sungai…Am datang menghampiriku.

Am: Woiii…tak pose ke?
Aku: Datang tempat orang tu biasakan bagi salam…bukannya main sergah2 aje.
Am: Alaahhh…bukannya selalu pun aku gurau2 macam ni. Tu pun nak serius.
Aku: Iyolah…engkau tu bila nak seriusnya ntah.
Am: Eh…aku dengar dari orang2 kampung, hutan ni ade penghuni dia.
Aku: Opkos la ade…ni ikan, tu tupai lompat2 kat pokok. Ada suara burung lagi…
Am: Bukan tu la yang aku maksudkan.
Aku: Kau kalau nak cakap benda2 bukan2 kat sini, tak nak keluar dari hutan ni…sila lah.
Am: Hehehe…jangan la macam tu. Aku main2 je.
Aku: Kau ni tengah tengahari buta ni datang sini, kau tak kerja ke?
Am: Biasalah…penjarakan sosial…
Aku: Hah…? Kau kat ofis tu bukan duduk bilik sorang2 ke? Nak jarak apenye?
Am: Alaaahhh…kau ni banyak tanya pulak. Apa kata kau dengar je cerita aku.
Aku: Hah…lantak kau lah Am…

Kisah ni terjadi selepas dari peristiwa Hantu Susu…sewaktu itu Am baharu saja pulang dari kelasnya. Tiba2 telinganya menangkap suara2 sumbang dari ampaian yang berada tidak jauh darinya.

Joyah: Bedah…Bedah…aku ada cerita baru lagi sensasi ni.
Bedah: Apa dia?
Joyah: Ni lah…ang tau tak rumah budak2 student kat tingkat 3 nun?
Bedah: Ha’ah…kenapa? Habaq mai la cepat.
Joyah: Aku dengaq depa kena tangkap basah!Bedah: Ish3...dengan anak siapa?
Joyah: Hish...bukan dengan orang la...dengan hantu susu.
Bedah: Hah…tu dia…mai tempat orang dok kalut buat benda tak senonoh pulak dah…apa dah tak cukup ka manusia pompuan kat muka bumi ni? Yang hat lagu tu jugak nak ditarahnya.
Joyah: Tu…tu… (sambil menunjuk ke arah Am dengan muncungnya)
Bedah: Hmmm…hmmm…hmmm…kemain pucat lesi lagi. Tu la dia...buat lagi keja tak senonoh.

“Cilaka punya makcik bawang”, bisik hati Am ketika itu. Walapun istilah itu belum wujud di zaman tersebut.

Rupa Am dan Lan agak pucat setelah beberapa hari dari kejadian itu, mereka berdua terasa seakan ada benda yang tak kena di sekeliling mereka. Selera makan pun tak berapa nak menjadi…Fendi je yang melantak macam tak ada apa2 pun yang berlaku.

Tiba2 saja belakang leher Am dipegang oleh seseorang, rupa2nya Rafik…salah seorang housematenya. Rafik ni tidak banyak bercakap dan dia sentiasa memakai earphone untuk menenggelamkan bunyi di dalam telinganya.


Sewaktu Am menceritakan cerita ini

Aku: Bunyi dengung macam dalam cerita Baby Driver tu ke?
Am: Tak…bunyi suara suruh bunuh orang.
Aku: Woooiii…tu psiko, sial...!! Kau dah kenapa tinggal dengan orang macam tu?


Am tak mempedulikan aku dan menyambung ceritanya

Am: Kau rupanya, Rafik…kau dah makan?
Rafik: …….
Am: Aku tadi ingat nak tapau nasi, tapi aku tak paham mamak tu cakap apa kat aku.
Rafik: …….
Am: Kau ada stok megi lebih? Aku nak pergi kedai pun macam malas lah pulak…rasa nak baring je.
Rafik: …….
Am: Kau ada masalah ke? Kalau kau ade problem story la kat aku.
Rafik: …….

Perbualan mereka yang panjang dan lebar itu dihentikan kerana Am tak larat bercakap sambil menaiki tangga.

Sewaktu menaiki tangga itu, mereka berselisih dengan seorang lelaki tua berpakaian compang camping. Mukanya bengis memerhatikan mereka berdua.

Am berasa tak sedap hati bila dilihat sedemikian rupa oleh lelaki yang bernama Pak Akob. Tambahan pula, bila dia mendengar cerita dari jiran tetangga bahawa lelaki tu dah jadi macam tak betul setelah kehilangan isteri dan anak2nya dalam satu nahas jalan raya.

Setelah itu, muncul pula seorang lelaki di dalam lingkungan pertengahan umur, lengkap memakai serban dan jubah yang juga sedang menuruni anak tangga.

“Assalamualaikum, tengok apa tu anak muda…? Jangan risau…Pak Akob tu tak ganggu orang”, ujar lelaki tersebut.

“Wa’alaikummusalam…Oh…Haji Yusof rupanya. Wangi2 ni nak ke mana?”, jawap Am kepada lelaki itu.

“Nak ke surau sekejap…kamu tu bila nak ikut join?”, tanya Haji Yusof kepada Am.

“Errr…errr…”, Am hanya tersengih2 tidak dapat menjawap soalan tersebut.

Haji Yusof hanya tersenyum dan berkata, “dalam keadaan kita diuji ni lah sepatutnya kita lagi mendekatkan diri kepadaNya”.

“Eh…Haji tau apa yang terjadi malam tu? Haji ke yang datang masa tu?”, Am bertanya untuk kepastian.

Sekali lagi Haji Yusof melemparkan senyumannya lalu berkata, “tak ada apa yang kita patut takutkan…patutnya kita yang buat dia, bukannya dia pulak yang buat kita”.

Lalu Haji Yusof beredar dari situ sambil memberikan salam kepada mereka berdua. Hati Am terasa tenang saja melihat wajah Haji Yusof. Setenang Makcik Bedah dan Joyah yang tiba2 saja senyap ketika Haji Yusof lalu di hadapan mereka.

Yelah, kena lah berhenti mengumpat kan? Karang tak pasal2 pula mereka kena tazkirah dengan orang tua tu.

Tidak berapa lama kemudian, Am dan Rafik tiba di rumah bujang mereka. Kelihatannya Farid, salah seorang housemate di rumah tersebut sedang rancak memetik gitar di ruang tamu.

Am: Woi…kau tak pergi kelas ke?
Farid: Adooiii…kau ni kacau la…aku dah la tengah serabut ni.
Am: Hah…tu lah siang malam berdating dengan anak orang. Mana tak abis duit. Dah takde duit memang la serabut.
Farid: Wei…kalau aku nak dengar orang membebel macam ni, baik aku duduk dengan mak aku.
Am: Asal tegur sikit nak bengkeng…Lan macam mana?
Farid: Macam tu je la…penuh koyok kat dahi dia. Duk menggigil je dua tiga hari ni…entah apa hal entah yang korang buat, lepas tu ade hati nak tegur aku.

Farid bingkas bangun, lalu berjalan menuju ke bilik sambil membawa gitar kesayangannya.

Gedegaanngg…!!

Dia menutup pintu biliknya dengan kuat tanda protes di atas teguran Am tadi. Am hanya mampu menggelengkan kepalanya saja. Biarpun Am ni tidak lah sebaik mana, tapi dia merasa sudah menjadi tanggungjawabnya menegur sepupunya itu.

Sekiranya dia pulang ke kampung, dia juga yang akan ditanya oleh Pak Lang dan Mak Langnya nanti memandangkan Farid tidak mahu bercerita apa2 kepada kedua orang tuanya mengenai pembelajarannya.

Am berasa malas nak memikirkan hal Farid, dia berjalan memasuki biliknya yang dikongsi bersama Fendi dan Lan. Manakala Rafik hanya merehatkan dirinya di ruang tamu kerana roommatenya baru saja menghempaskan pintu. Macam tak kena pula kalau dia tiba2 je masuk bilik.

Apa yang dapat dilihat oleh Am ketika itu ialah Fendi yang tidur lesak dalam kedudukan melintang sambil kedua2 kakinya menolak belakang badan Lan sehinggakan bahagian hadapan badannya rapat ke dinding.

“Ish3…ni lagi sorang…member dah la tak sihat…kau pergi bantai pulak dia lagi”, kata Am di dalam hatinya.

Am: Hoi…bangun… (sambil melempang pipi Fendi)
Fendi: Uwargghhh…black metal!! (bangun terus menjerit)
Am: Kepala hotak kau black metal…aku hentak jugak kepala budak ni karang.
Fendi: Adoiii…kau ni Am. Buat terkejut aku je…aku tengah sedap2 je mimpi tadi.
Am: Mimpi korok hang! Dah tau member tu sakit, kau lagi nak bantai dia. Karang kalau dia mati dalam rumah sewa ni tak pasai je kita semua kena angkut ke balai.
Lan: Woi…mati tu slow2 sikit ye…
Am: Eh? Bangun pulak budak ni.


Bersambung…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2020 06:23 PM | Show all posts
Kisah Am Bahagian 3

Aku: Berapa lama cerita kau ni? Tak masuk2 lagi part seramnya.
Am: Rileks laa…aku kena kenalkan watak2 dalam cerita aku ni dulu. Lepas tu baru la the "die is cast". (dengan gerak tangan sekali)
Aku: …. (dalam hati: hek eleh mamat ni macam bagus je)
Am: Alahh…kau nak balik awal2 pun buat apa?

Am menyambung ceritanya kembali…segala2nya bermula pada satu hari, Am terjaga dari tidurnya dan melihat bantal betul2 di depan batang hidungnya.

“Eh? Bantal apa ni? Kau Rafik? Kau nak bagi bantal kat aku ke? Aku dah bangun la nak bersiap ke kelas ni”, kata Am kepada Rafik sambil mengenepikan bantal yang dipegangnya.

Rafik tidak berkata apa2 dan berlalu pergi dari bilik tersebut. Am menoleh ke sebelah kirinya, kelihatan Lan seperti dalam ketakutan. Dahinya berpeluh2 manakala matanya pula terbuka besar.

“Eh? Kau dah kenapa, Lan? Teruk berpeluh ni…demam kau tak kebah lagi ke?”, Am cuba mendapatkan kepastian dari Lan.

Lan tak berkata apa2, lalu kepalanya rebah ke bantal yang tidak jauh darinya. Dia pengsan di dalam matanya yang masih terbuka.

“Ngigau ke mamat ni?”, Am tertanya2 sendirian.

Belum habis Am memikirkan tentang Lan, Fendi pula masuk ke bilik sambil mengesat2 rambutnya dengan tuala.

“Woi setan! Apesal towel kau tu sibuk pergi buat lap kepala? Pakai la seluar dulu…ni selamba je telanjang dalam rumah bujang ni. Kau ingat kitorang ni ape?”, Am meninggikan suaranya.

“Eh? Mana boxer aku? Sekali tertinggal kat bilik air daaa…aku ingatkan dah pakai”, jawap Fendi sambil berpatah balik ke bilik air.

“Macam2 benda pelik kat rumah ni…aku sorang je la yang waras”, bisik hati Am.

Perlahan2 Am bangun sambil mencapai tualanya, seterusnya berjalan malas menuju ke bilik air. Sekali lagi dia terserempak dengan Fendi…tapi kali ini dia sedang menggosok gigi.

Am: Haihhh…kau bukan dah mandi ke tadi? Ni gosok gigi ape pulak ni?
Fendi: Ha’ah…tapi aku lupa gosok gigi. Kau ni cepat2 nak pergi mana?
Am: Aku nak bersiap nak pergi kelas la…lagi mau tanya.
Fendi: Gila apa lecturer kau buat kelas malam2 macam ni? Fakulti bukak ke?

Itulah kali pertama Fendi bertanya soalan yang agak logik, selama ni yang merepek2 je keluar dari mulutnya. Am seakan2 tidak percaya apa yang didengarnya, lalu dia menoleh ke arah luar beranda yang tidak jauh dari hadapan bilik air rumah mereka.

Lalu dia menggaru2 kepalanya sambil berkata, “malam? Lamanya aku tidur? Ke aku belum habis tidur lagi patutnya?”.

Am: Sekarang pukul berapa?
Fendi: Pukul 3 pagi kot?

Am kembali termenung seketika. Sekali lagi dia menoleh ke arah beranda, tapi kali ini ada makhluk berupa perempuan bergerak dari kanan ke kiri melintasi pintu beranda rumah mereka.

“Eh…ape yang aku nampak tadi ni? Mata aku mamai lagi ke?”, bisik hati Am sambil menggosok2 matanya.

Sekali lagi makhluk itu melakukan lintasan tetapi kali ni lebih perlahan dari tadi. Apa yang dapat dilihat oleh Am, rambut makhluk tersebut seperti menutupi mukanya tetapi rupanya tidak. Perlahan tangan makhluk itu memulas kepalanya untuk melihat ke arah Am sekaligus membuatkan kedua2 kaki Am terpaku di situ.

Pap..!
Tiba2 saja bahu kanannya di sapa dari belakang membuatkan jantung Am seperti hendak melompat keluar.

“Korang kenapa tak tidur lagi?”, tegur Farid.

Am hanya terdiam lalu melihat kembali ke arah beranda rumah mereka, makhluk itu sudah tidak kelihatan.

Pertanyaan Farid itu hanya dijawap oleh Fendi, “lecturer Am gila nak buat kelas time2 ni”.

Farid: Mana ada fakulti bukak time2 ni…merepek2 je la korang ni. Yang kau ni pulak? Apasal mandi time2 ni?
Fendi: Aku ingat macam nak usya awek dekat tepi masjid sana tu.
Farid: Awek mana keluar malam2 buta ni Fendi oooiiii…eh jap…sebelah masjid tu kubur la…siapa pulak nak lepak situ?
Fendi: Eh? Yeke? Hari tu aku tengok ramai je? Siap lambai2 aku lagi.
Farid: Dah2…pergi tidor…aku nak guna bilik air ni. Malas aku nak melayan korang ni…sorang merepek2, sorang lagi dah macam orang bisu.

Seterusnya Farid berjalan ke arah pintu beranda, lalu memusingkan badannya ke arah Am dan berkata, “kenapa korang tak tutup pintu ni? Karang pencuri panjat masuk ikut beranda karang tak pasal2 je”.

Am tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan Farid kepadanya, tumpuannya hanyalah kepada makhluk di belakang Farid. Kedua2 tangan makhluk itu perlahan2 menuju ke leher Farid seperti mahu mencekiknya.

Tiba2 saja makhluk itu seperti terkejut sambil menoleh ke arah kirinya, lalu dengan tergesa2 dia beredar dari rumah mereka.

Sebaik saja Farid menutupkan pintu beranda itu, Am terus terduduk ke lantai. Memori kejadian hantu susu datang kembali kepadanya.

Dia hanya sedar apabila Fendi menggoyangkan bahunya untuk mengajak ke bilik. Di dalam bilik, Am merebahkan badannya di sebelah Lan. Manakala Fendi pula sedang menyikat rambutnya sambil berposing di hadapan cermin.

Am: Lan, kau ingat tak apa yang jadi hari tu?
Lan: Aku kalau boleh tak nak ingat. Kau jangan la ungkit benda tu balik.
Am: Kau ke yang bukak lampu ni masa aku tidor tadi?
Lan: Ha’ah…aku dengar macam2 bunyi dalam gelap, aku bukak la lampu. Lepas tu aku tengok Rafik…dia…

“Woi…tepi la Am, ni tempat tidor aku!”, tiba2 Fendi meninggikan suaranya sekaligus memotong perbualan mereka berdua.

Am beralih ke tepi membuatkan dia agak jauh dari Lan. Tidak dapat dia hendak mendengar sambungan cerita Lan tadi. Tambahan pula Lan telah menyelubungkan badannya dengan selimut biarpun malam itu agak panas.


Bersambung…
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pangsapuri Idaman ke ni? Ke sewa luar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2020 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
puas aku cari semlm thread ni...yeza ada sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-11-2020 10:06 AM
puas aku cari semlm thread ni...yeza ada sambungan

tersorok ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
abe_pi replied at 14-11-2020 06:29 PM
Pangsapuri Idaman ke ni? Ke sewa luar?

sewa luar rasanya...aku pun tak tau sangat area sana. ape yang Am cerita kat aku je
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 15-11-2020 12:29 PM
tersorok ke?

Aku cari x jumpa.. 2× dah jadi mcm tu.. Mujur aku cari lagi pagi ni.. Hihi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.113758 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list