CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
Post time 15-11-2020 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
puas aku cari semlm thread ni...yeza ada sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-11-2020 10:06 AM
puas aku cari semlm thread ni...yeza ada sambungan

tersorok ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
abe_pi replied at 14-11-2020 06:29 PM
Pangsapuri Idaman ke ni? Ke sewa luar?

sewa luar rasanya...aku pun tak tau sangat area sana. ape yang Am cerita kat aku je
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 15-11-2020 12:29 PM
tersorok ke?

Aku cari x jumpa.. 2× dah jadi mcm tu.. Mujur aku cari lagi pagi ni.. Hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhhh...suspek...rafik cuba bunuh Am ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Rafik psycho?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2020 01:11 PM | Show all posts
rafik kene rasuk ni. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin suspen ni. Bila tt nak sambung ni? Hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 08:30 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 30-7-2019 11:50 AM
tu wallahualam la...tapi kalau ikut keturunan tu belah ayah je yang piau melayu, belah mak tu berc ...

kadang2 yang dianggap tipis atau mustahil, itu la yang terjadi sebenarnya...  hehee...

nice story tt...  ni aku tengah nak khatamkan semua ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:47 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 14-11-2020 06:23 PM
Kisah Am Bahagian 3

Aku: Berapa lama cerita kau ni? Tak masuk2 lagi part seramnya.

tak sabar tunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 11:51 AM | Show all posts
terbaik.. lama aku x datang kat benang ni. banyak citer da rupanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2020 04:04 PM | Show all posts
Kisah Am Bahagian 4

Keadaan di rumah bujang mereka menjadi semakin tegang…terdapat beberapa isu yang terjadi di rumah tersebut.

Isu pertama, kejadian Rafik menghulurkan pisau kepada Lan yang membuatkan dia menengking Rafik.

Am: Korang dah kenapa menjerit2 kat ruang tamu ni? Aku nak siapkan assignment pun tak senang.
Lan: Rafik ni lah! Aku mintak kat dia pisau dapur yang dia tengah usap2 sambil tengok TV tadi…sekali dia hulur mata  pisau dulu kat aku. Sikit lagi nak masuk ke celah rusuk kiri aku.
Rafik: ……
Am: Rilek la, Am…tak kena pun kan? Nyaris2 je…
Lan: Kau tak kena senang la cakap, Am…aku dah sampai memory flashback macam2 dah tadi. Huk…huk (nangis lari masuk bilik tutup pintu).
Am: Woiii…bukak la pintu ni woi! Assignment aku tak siap lagi la!

Isu kedua, kekerapan kejadian penampakan. Satu malam tu Lan terbangun hendak ke tandas, dia terdengar suara Fendi tengah menyanyi sambil mengibas2 pakaian basah.

Lalu Lan cuba menegur perbuatan tak berfaedahnya itu, “woi…tebiat ke nyanyi tengah2 malam…”. Belum sempat Lan menghabiskan kata2nya, dia terlihat kelibat makhluk berupa perempuan berada tidak jauh dari tempat Fendi berdiri.

“Ohh…kau rupanya, Lan. Tak boleh tidur ke? Meh la lepak2 dengan kitorang”, kata Fendi bersahaja.

Menurut Lan, dia tidak sempat mengamati rupa makhluk itu dengan jelas kerana dia dah rebah pengsan. Sekali lagi dia terkencing di dalam seluar dan demam beberapa hari.

Kali kedua penampakan ialah sewaktu Am pulang agak lewat setelah melepak bersama dengan aku, Ramli dan Epoi. Dia terserempak dengan budak tak berpakaian sedang bermain guli di tangga rumah flat mereka.

Tetapi kali ini Am dah bijak sikit, tidak perlu dia tegur suruh budak tu balik ke rumah. Sedangkan kulit budak itu sendiri warnanya pucat dan mak bapak mana bagi anak dia keluar tengah2 malam, telanjang pula tu. Lalu Am membuat keputusan untuk turun semula ke bawah walaupun kakinya agak terketar2 dan cuba melalui satu lagi tangga flat tersebut.

Malangnya, di tangga itu juga terdapat budak kecil yang sama sedang bermain guli. Am nekad kali ini untuk berlari menuruni anak tangga dan seterusnya menaiki tangga yang pertama dinaikinya tadi sebelum budak itu berpindah ke tangga itu.

Sekali lagi harapannya punah apabila budak tersebut telah berada di situ lebih awal darinya. Nafas Am tercungap2, dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Lalu dia membuat keputusan untuk bermalam di surau kawasan flat tersebut.

Dia hanya sedar bila dikejutkan oleh siak surau tersebut dan kemudiannya dia diminta untuk melaungkan azan subuh. Seterusnya dia solat berjemaah bersama2 dengan penghuni flat yang lain, membuatkan Haji Yusof tersenyum bangga melihatnya.

Kali ketiga penampakan pula, apabila Am, Lan dan Fendi hendak pulang ke rumah. Mereka pulang agak lewat juga kerana melayan awek2 mat saleh yang meminta Fendi menunjukkan mereka tempat2 menarik di Pulau Pinang.

Jadinya 2 ekor buaya tu pun tumpang sekaki la konon dapat merasa sekali berkepit dengan awek2 mat saleh tersebut walaupun english mereka kelabu asap.

Pada awalnya Am agak risau mereka pulang agak lewat dari kebiasaannya, tetapi memandangkan kali ni dia bersama2 dengan Lan dan Fendi…kalau jadi apa2 pun sekurang2nya dia ada geng.

Walaupun kedua2 housematenya itu agak tak berapa berguna apabila berhadapan dengan kejadian penampakan…sorang tu asyik pengsan & demam je dan sorang lagi tu pulak dense nak mampus.

Ternyata apa yang dirisaukan Lan benar2 terjadi, sewaktu mereka sedang merantai dan mengunci motor di bawah rumah flat, Am terasa bagai diperhatikan. Jadi bila rasa diperhatikan ni, tengkuk kita akan automatik gatal nak menoleh.

Maka terlihatlah akan sekor makhluk sedang menyangkung di atas seat bangkai motor yang telah lama tersadai di bawah flat tersebut. Rupa makhluk tersebut ibarat diseret2kan di atas jalan tar kerana kulitnya tiada, hanya isi daging yang telah pecah2 bercampur dengan nanah.

Bila makhluk itu bergerak, katakan awal tadi tangannya rapat dengan badannya bila dia menggerakkan tangan tersebut terdapat seperti lendir nanah melekit2 dari celah2nya dan juga berbunyi, “shlicckkk…shliicckkk”.

Am cuba menyenggol Lan untuk mengajaknya cepat2 naik ke atas…akan tetapi...malangnya, dia tersenggolkan Fendi pula. Fendi pun menoleh, melihat apa yang dilihat oleh Am.

Lalu Fendi pun berkata, “brader, ada lighter tak?”.

Sekaligus ianya membuatkan darah Am berderau, berdesup naik ke kepalanya. Lantas dia menyentap tangan Lan dan Fendi, lalu mengheret mereka menaiki tangga. Suasana hening malam tersebut dipecahkan dengan ketawa creepy dari makhluk tersebut, “hehehehe”.

Cukup untuk membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan meremang bulu roma, kecuali Fendi lah. Dia bukannya faham apa pun. Sekali lagi Lan demam beberapa hari walaupun dia tidak melihat makhluk tersebut secara direct.

Isu yang ketiga pula, ketegangan mereka dengan Pak Akob. Pernah beberapa kali Pak Akob meninggikan suara meminta mereka meninggalkan rumah sewa itu. Pernah juga mereka dimarahi kerana selalu pulang lewat malam, terutamanya Farid.

Pernah juga satu hari tu Farid nyaris hendak bertumbuk dengan Pak Akob kerana perselisihan faham, namun sempat disabarkan oleh Lan dan Fendi.

Isu yang keempat ni pula aku macam malas nak taip, tapi Fendi suruh masukkan juga sewaktu video call bila aku dah balik KL. Sewaktu Fendi pulang dari kelasnya bersama dengan Lan dan Am, dia melihat kepala teddy bearnya telah tiada…seperti telah dipotong orang.

Lantas membuatkan Fendi menangis sambil meraung nama teddy bearnya, Brianna…yang juga merupakan nama exnya yang telah pulang ke Jamaica.

Manakala Rafik pula hanya tersenyum puas sambil memandang skrin TV yang masih terpadam.

Am menghentikan ceritanya, kerana hari telah menjelang petang. Aku juga telah memperoleh beberapa lauk untuk dimasak berbuka dan bersahur. Ada beberapa kali aku rasa macam nak ajak Am berbuka sama, tapi rasa macam ambil dia dari keluarga dia pula nanti.


Bersambung…
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Fendi tu kan rasa hempuk2 je..muka makhluk tu dah xde rupa pun dia selamba lg tegur. Hish
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
yeyeyeyeye..tak sia2 aku masuk balik baca mlm jumaat pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-11-2020 11:06 PM
yeyeyeyeye..tak sia2 aku masuk balik baca mlm jumaat pulak

Sy hari2 tgk total Komen. Blh hafal dah kot ada Komen terbaru. Tt ni update Tak bg hint. Tup2 dah ada. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
isma29 replied at 20-11-2020 02:06 AM
Sy hari2 tgk total Komen. Blh hafal dah kot ada Komen terbaru. Tt ni update Tak bg hint. Tup2 dah  ...

Hahah.. Rajin sungguh.. Hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 11:34 AM | Show all posts
Dlm sibuk sempat merempit kat benang ni, yeayy ada sambungan!

Dalam banyak2 penampakan si am & geng jumpa,  penduduk flat tu takde yg nampak jugak ke? saje tanyee
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-11-2020 08:01 AM
Hahah.. Rajin sungguh.. Hihihi

Baru comeback sis lps bertahun2 xaktif gara2 lupa password. Berminggu2 tunggu email reset baru lah dpt. Kiki. Dulu pengikut tegar siri ilah tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
isma29 replied at 20-11-2020 08:54 PM
Baru comeback sis lps bertahun2 xaktif gara2 lupa password. Berminggu2 tunggu email reset baru lah ...

Nanti iols tanya mod bod ni boleh tak highlight kan thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Weekend ni tak  de sambungan ke john
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.106480 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list