|
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin bahawa kerjasama dengan Manchester City menjadi kenyataan.
Syed Saddiq berkata, mesyuarat mengenainya diadakan di bangunan Kementerian itu Khamis lepas, melibatkan kehadiran Ketua Pengarah Majlis Sukan Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Tengku Zafrul Aziz.
"Dalam mesyuarat itu bukan hanya saya seorang. Pegawai saya dan Pegawai Manchester City juga ada, mereka dengar (berkaitan pembelian kelab) dan sebelum sidang media juga saya telah memaklumkan untuk bercakap mengenai dua perkara berkenaan. Ia dipersetujui.
Foto Malaysiakini
"Sesetengah orang langsung tidak boleh menerimanya tapi tak apalah, ia bermakna kita perlu bekerja keras untuk melaksanakannya, bukan itu sahaja tapi juga dari segi kolaborasi masa hadapan dengan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (MDA).
"Apa yang saya mahu ialah semua orang, tidak kira siapa, untuk datang dan bersama kita bina bola sepak negara," katanya dipetik Bernama.
Syed Saddiq menjelaskan bahawa disebabkan perancangan dalam tempoh masa yang singkat, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat hadir mesyuarat dengan CEO Manchester City, Ferran Soriano.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tengku Zafrul dari CIMB kerana menghadiri mesyuarat itu. Kami akan memaklumkan FAM mengenainya, katanya lagi.
Berhubung perbincangannya dengan pemilik Manchester City, Mansour bin Zayed Al Nahyan Khamis lepas, Syed Saddiq berkata pemilik kelab itu sedang menimbangkan kemungkinan membeli salah satu kelab bolak sepak di Malaysia.-CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|