Penjara selama 341 tahun, itu hukuman yang yang dikenakan kepada seorang lelaki yang membuat serangan seksual terhadap bekas isteri dan anak-anaknya.
Tak cukuop dengan itu, Christopher Sena, 52, turut menjadikan anjing belaannya sebagai mangsa.
Metro News melaporkan suspek menjadikan lapan ahli keluarganya sebagai sasaran selain turut merakam perbuatan keji tersebut.
Tak kira lelaki atau perempuan, termasuk ibu dan ibu tirinya dipaksa melakukan hubungan seksa dengannya.
Foto: Daily Mail
Hakim William Kephart menyatakan, "Saya malu dengan perbuatan tersebut dan (tertuduh) perlu keluar dari bandar yang saya cintai ini."
Penderaan seksual itu terbongkar pada September 2014 ketika serbuan di treler milik Christopher oleh pasukan SWAT di Pangkalan Udara Nellis.
Bekas-bekas isterinya, Deborah Sena, 53, Terrie Sena, 48, dijatuhi hukuman mati sebelum perbicaraan pada Selasa atas dakwaan bersekongkol dengan perbuatan terkutuk Christopher.
Deborah (kiri), Terrie (kanan), Foto: Daily Mail
Bagaimanapun mahkamah mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup.
Difahamkann suspek sering memuat naik status cinta terhadap keluarganya.
Dia disabitkan dengan 95 jenayah seksual. -CARI |