Author|Post time 31-5-2019 09:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Veneer at 31-5-2019 01:58 AM
Ramai begini, ya ampun. Wei. Slow slow patah juga tiang seri rumah ni karang. Super moderator pun ada. Dengan rasa rendah diri, duduklah di kerusi rotan ini.Terima kasih kerana mengunjungi rumah kami. Baru siap semalam hasil gotong royong. Hiasan pun tak lengkap. Selesakanlah diri ye.
Anak siapa ni mandi guna air tempayan aku? Aduh....
2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
kepingan asam manis/hawflake secukupnya
sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan acuan kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya acuan dialas dengan kertas serap minyak.
Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz acuan agar lapisan menjadi sama rata.
Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit).
Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah acuan dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan acuan dan sejukkan kek sebelum dipotong.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 31-5-2019 10:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ali_x replied at 31-5-2019 06:11 AM
Huhuhu..rmh aku jer x meriah...mak ayah gi umroh...adik bradik smua raya mentua...single is better e ...
Baiknye uolsss.... jadik jagah tukang rumah . Tinggal sorang2 ambik la kesempatan bukan selalu.... Aman damai gitewww ... tkde air tumpah2 kaca berderai tilam bergelimpangan nnt uols jugak yg bebels sampai masuk socmed macam chefwan ekekekekekkekeke
dikesempatan ini, sy ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada semua forumer cari..
mohon ampun dan maaf atas semua salah silap, terkasar bahasa, tercuit, terumpat, terkeji, tergaduh, termaki, tertolak kredit, terbagi kredit dan segala ter ter ter
berhati-hati pada semua yang memandu pulang ke kampung..
yang duduk sebelah dan belakang tu berhati-hati juga..
pastikan pemandu anda berada dalam keadaan alert..
dan pastikan semua pakai tadi pinggang keledar..
jangan guna emergency lane dan jangan buang sampah ke luar kereta..
pada yang tak balik beraya, curilah masa untuk bersama mereka yang tersayang walaupun seketika..
kita tak tau mungkin ini aidilfitri terakhir kita dapat berjumpa..
akhir kata, semoga semua ceria dan gembira di hari raya..
Hi Super Moderator. Terima kasih meluangkan masa menjengah ke rumah ini,
di samping menjemput kawan kawandan memberi duit raya kepada user user
yang datang kunjung.
Kenal Karos tk dari kpg seberang..kaka nk beraya sini bole?
Hi Karos!
Apa pula tak kenal, bukankah kita bertembung di jalan "Nurse kena bunuh"
hari tu. Boleh. Walaupun rumah tak berapa besar tapi user user disini
akan membuatkan Karos rasa selesa.