Bagi mereka yang membesar pada era lewat 80an dan awal 90an pasti mengingati aura pelantun lagu Kau Merubah Segalanya, Fauziah Latiff atau nama sebenarnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff yang masih aktif dalam dunia seni suara. Dengan suara gemersik, Fauziah atau lebih mesra membahasakan dirinya Gee masih kekal dengan bicaranya yang lemah lembut serta sikap merendah diri kepada semua orang dalam industri ini.
Teruja menceritakan mengenai projek lagu terbaharunya, Fauziah turut tidak terlepas ditanyakan soalan peribadi mengenai jodoh dan anak-anaknya. Seperti biasa, penyanyi yang kini berusia 48 tahun menjelaskan yang beliau bahagia dengan kehidupan sekarang.
"Alhamdulillah, sekarang lebih syukur dan tenang."
Foto : IG
Menurut portal MHETV, Fauziah Latif dengan tenang menjelaskan yang dia tidak mahu berkongsi mengenai kehidupan dua anak lelakinya yang kini meniti alam remaja. Sebaliknya lebih senang bercerita mengenai diri sendiri dan studio terbaharunya itu.
"Hidup perlu diteruskan. Apa yang boleh jadi inspirasi di luar sana, I mean I'am not the only one.
Theres so many yang alone di luar sana tapi mereka boleh melaluinya.
So mereka juga inspirasi untuk saya. Kalau dorang boleh buat, kita juga boleh buat."
Foto : Carian Internet
Bagi penyanyi yang mempunyai banyak lagu hits di zaman kegemilangannya, dia mengambil contoh wanita di luar sana yang juga meniti hidup sendirian dengan positif membuatkan dia mahu cuma berfikir yang baik-baik sahaja. Bukan bermakna dia melupakan terus soal jodoh namun ianya tidak dijadikan keutamaan buat masa sekarang.
"Allah bagi rezeki. Buat masa ini belum lagi lah. Alhamdulilah, kalau ada, ada kalau takda its ok.
Bukan serik, tak berani nak cakap pasal benda tu sebab gerak hati tu semua pada Allah.
So kita nak cakap lebih pun tak tahu."
Foto : IG
Kini semakin aktif menjadi juri di rancangan realiti dan juga menjadi cameo dalam drama komedi membuatkan Gee sibuk dengan karier seninya. Gee juga sempat berseloroh yang dia tidak mampu menguruskan diri sendiri dengan teratur, apatah lagi mahu menguruskan orang lain pula. Jadi, dia tidak mahu memeningkan kepala serta menerima segala seadanya.
Sudahlah cantik, lemah lembut kala berbicara, tiada gosip panas atau cerita buruk yang keluar dari mulutnya membuatkan Fauziah Latif antara artis yang masih kekal relevan hingga kini. Cari mendoakan agar Gee sentiasa berbahagia dengan jalan yang dipilihnya. - CARI |