Nama dan berita Neelofa tidak pernah lekang daripada bibir wartawan dan netizen. Biasalah selebriti terkenal, memang tak kan terlepas daripada dilanda gosip.
Nama Neelofa tiba-tiba panas baru-baru ini apabila salah seorang daripada penaja MeleTop muat naik status yang melahirkan rasa tidak puas hatinya pada usahawan berjaya itu.
"NEELOFA KOYA DIVA LAH KAU
Kau ghaso, siapo ghosakkan belon ni???
Serius den sakit hati and sodih.
Nak dio yo nampak lawa.. habih belon tu aaa diperok perok yo."
Penaja tersebut telah meluahkan perasaannya sepanjang rakaman itu dijalankan di lama Facebook miliknya.
"Ini susunan asal sebelum start. Lopa masuk nak buat Voice Over, dia dah bising soh alih sikit belon2 besar 1 MIL tu ke belah ruangan tetamu. Kami buat lah juga atas dasar hormat. Last2 masa on air habis dia longgokkan belon tu tengah2 alam ilang seni langsung. Buang masa sponsor. Depan mata kami pulak tu
"Lepas kami dah alih kan ketengah sbb hormat permintaan dia"
"Last2 dia sendiri alih semua longgok kat tengah.. hancur...."
"Crew kelam kabut pi susun biar nampak bertamadun sikit"
"Hasil akhir setelah di "deko" oleh lopa"
Ada netizen yang mengecam tindakan Neelofa ini, pun begitu ada juga netizen yang cakap mungkin penaja ini sengaja ingin meraih publisiti murahan.
Kredit foto: Facebook
Nah pemilik kepada Glowing House Party turut berkongsi tentang insiden tersebut.
Apa pendapat anda? -CARI |